Subscribe Us

15 Fakta Menarik Tentang Kuku


Ada beberapa fakta yang perlu anda ketahui yang mungkin mengejutkan anda tentang kuku seperti disalin dari Magforwomen:


1. Kuku kaki lebih lambat tumbuhnya

Kuku tangan anda tumbuh 3 atau 4 kali lebih cepat dibanding kuku jari kaki. Itulah sebabnya anda lebih kerap memotong kuku jari tangan daripada jari kaki.


2. Kuku kaki tebal

Kuku kaki ketebalannya hampir dua kali dibandingkan kuku tangan. itulah sebabnya anda merasa sedikit sukar untuk memotong kuku kaki.


3. Kuku jari tengah lebih cepat panjang

Dalam sebulan, rata-rata kuku tangan anda tumbuh sekitar sepersepuluh dari 1 inci dan kuku jari tengah anda tumbuh lebih cepat.


4. Kuku ibu jari paling lambat pertumbuhannya 

Dari semua kuku di jari anda, kuku ibu jari pertumbuhannya adalah yang paling lambat.


5. Rajin potong jadi cepat tumbuh 

Jika anda memotong kuku secara teratur, maka kuku anda akan tumbuh lebih cepat.


6. Musim panas sering gunting kuku

Kuku tumbuh lebih cepat pada iklim yang panas dibanding dingin, sehingga anda lebih kerap memotong kuku pada musim panas.


7. Siang lebih cepat
 Kuku anda tumbuh lebih cepat pada siang hari daripada malam hari.


8.Muda lebih cepat
 

Seseorang yang usianya masih muda maka pertumbuhan kukunya lebih cepat daripada orang yang lebih tua.


9. Kuku dari keratin
 

Komponen utama kuku sama dengan rambut anda iaitu sejenis protein yang disebut keratin.


10. Kuku tumbuh pada yang dominan
 

Biasanya kuku jari kanan lebih cepat tumbuh tetapi jika anda seorang yang kidal, maka kuku di tangan kiri akan tumbuh lebih cepat dibanding yang kanan.


11. Picit ringan bantu pertumbuhan

Anda boleh merangsang pertumbuhan kuku dengan memicit-micit secara teratur. Tekan kuku dengan perlahan di atas meja atau dengan mengetik komputer.


12. Pemberitahu kesihatan

Kuku anda boleh memberitahu kesihatan anda sama ada anda menghidap sesuatu penyakit. Contuhnya, jika kuku anda anda terdapat bintik putih, ini menunjukkan tubuh anda kekurangan kalsium.


13. Minum air jika rapuh
 

Jika anda memiliki kuku kering atau rapuh, ini disebabkan tubuh anda kurang air.  Anda boleh membuatnya lebih sihat dengan meningkatkan jumlah pengambilan air.


14. Kuku dan kesialan
 

Dalam banyak budaya, memotong kuku pada malam hari dianggap membawa sial. Dalam Islam kita disunatkan memotong kuku pada hari-hari tertentu iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


15. Kuku setelah meninggal
 

Berlawanan dengan kepercayaan popular, rambut dan kuku sebenarnya tidak terus tumbuh setelah seseorang itu meninggal dunia. Sejak tubuh dehidrasi setelah meninggal, seolah-olah kuku dan rambut tetap tumbuh. [Magforwomen]

Post a Comment

4 Comments

Long Cham said…
nice info
www.kucinghitam.net
Chuu Muqhlis said…
info no3 x penah tahu :P
Unknown said…
good sharing...byk yg tak tahu..:)
Mia Liana said…
tak pernah ambik tahu pun sebelum ni.. nice sharing...