Subscribe Us

Rawatan Kecantikan Anti Penuaan Dengan Lendir siput?

Jika selama ini siput merupakan musuh utama para petani di kebun atau di ladang pertanian, kini siput menjadi rakan utama dalam bidang kecantikan.  Rahsia kebaikan lendir yang ada pada siput kini menjadi antara bahan utama di Jepun sebagai salah satu cara merawat anti penuaan.

Revolusi baru menggunakan siput sebagai satu kaedah rawatan kecantikan kulit telah diiktiraf dan diamalkan di salon-salon kecantikan di Jepun. Siput-siput hidup dibiarkan menjelajahi seluruh bahagian dengan meninggalkan lendir pada kulit wajah.  

Lendir siput mengandungi campuran protein yang kuat, antioksidan dan asid hyularonic, dikatakan dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, melegakan keradangan dan membuang kulit mati.

Sebelum rawatan selama 60 minit, kulit muka dibersihkan terlebih dahulu sebelum siput diletakkan pada pipi dan dahi lalu dibiarkan menjalar sesuka hati ke seluruh bahagian muka. 


Lendir siput juga dikatakan boleh memuihkan sel-sel kulit yang rosak selain disebabkan ultra ungu sinaran matahari. Mahu mencuba? .... :) [dailymail.co.uk]

Post a Comment

5 Comments

Syamimi Saad said…
siput pun dah digunakan untuk kecntikan???
erk..tak rasa geli2 ke??
Anonymous said…
Demi nak cantik yer.. Kalau saya..tidak la kot..hehehe ngeri
3no gr33ny said…
lintah..siput...nanti apa pula lagi inovasi kini
Unknown said…
macam-macam ye untuk cantik..
Unknown said…
eiiii..gelinya...kalau saya tak sanggup la..haha..