Kanser, secara umum terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kanser jenis cair iaitu darah dengan istilah leukemia, dan yang kedua adalah kelompok tumor padat.
Tumor padat dapat ditemui hampir pada semua organ tubuh seorang anak, dari kepala sampai hujung kaki. Ibu bapa biasanya dapat mengesan tumor atau benjolan pada tubuh seorang anak semasa memandikannya.
Ketika menemui benjolan, maka ibu bapa perlu
memeriksanya di klinik untuk mengonfirmasi benjolan
tersebut sama ada kanser atau bukan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati oleh para ibu bapa apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal" yang disusun oleh Dr. Edi
1. Mata
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati oleh para ibu bapa apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal" yang disusun oleh Dr. Edi
Anda harus curiga apabila mata anak anda seperti mata kucing, matanya
merah, terjadi gangguan penglihatan atau juling.
Biasanya ibu bapa akan memberikan ubat tetes mata yang dijual
bebas di pasaran. Orang tua boleh saja melakukan tindakan tersebut, namun apabila dalam tempoh tiga hari tidak ada perubahan, segera ke klinik atau hospital.
Kemungkinan itu bukan merupakan penyakit mata biasa, melainkan gejala
awal dari kanser bola mata (retinoblastoma).
2. Leher
Waspada
apabila menemui benjolan di leher seorang anak yang bertambah besar dalam
waktu singkat. Biasanya anak tidak mengeluh kesakitan apabila benjolan
tersebut ditekan atau dipegang. Berbeza dengan benjolan yang timbul
akibat infeksi, biasanya akan terasa sakit apabila ditekan atau dipegang
dan terasa panas apabila diraba.
Infeksi pada gigi dan telinga juga dapat menyebabkan benjolan dengan karakteristik seperti tersebut di atas. Dapatkan nasihat doktor untuk kepastian jenis benjolan.
Infeksi pada gigi dan telinga juga dapat menyebabkan benjolan dengan karakteristik seperti tersebut di atas. Dapatkan nasihat doktor untuk kepastian jenis benjolan.
3. Paru-Paru
Jika anak anda didapati sesak nafas dan setelah dilakukan foto dada ternyata ditemukan
sel kanser pada paru-parunya, jangan berpifikiran bahawa anak ini terkena kanser
paru-paru. Tidak ada kanser paru-paru pada anak.
Keadaan ini biasanya merupakan
akibat dari penyebaran suatu jenis kanser tertentu ke paru-paru. Salah
satu jenis kanser pada anak yang dapat menyebar ke paru-paru adalah
kanser tulang.
4. Perut
4. Perut
Secara
fizikal, perut anak akan kelihatan membuncit dan apabila ditekan akan terasa
suatu benjolan. Jika menemukan kes demikian, segeralah buat pemeriksaan
anak dengan doktor.
Hal lain yang perlu diperhatikan orang tua adalah jangan terlalu kerap menekan perut anak yang makin lama makin membesar kerana ini hanya akan mempermudah penyebaran.
5. Alat kelamin
Alat
kelamin yang dimaksudkan adalah alat kelamin anak lelaki. Secara fizikal, testis
kanan dan kiri seperti tidak sama besar. Testis yang
terkena biasanya keras, dan tidak ditemui tanda-tanda infeksi.
Kanser
pada organ testis, sama halnya paru-paru merupakan akibat
penyebaran dari suatu jenis kanser tertentu ke testis. Jenis kanser yang
dimaksudkan yang dapat menyebar ke testis adalah kanser darah (leukemia).
Waspada apabila terlihat ada bengkak pada tangan atau kaki. Pembengkakan ini biasanya disertai dengan demam atau sakit.
7. Otak
Benjolan
pada otak memang tidak dapat dilihat mahupun diraba. Walaupun demikian,
orang tua tetap dapat mengawasi gejala kanser otak dengan melihat kesan yang ditimbulkan akibat adanya suatu benjolan pada otak. Gejala-gejala
tersebut, antara lain adalah pening, muntah, lumpuh, dan
gangguan keseimbangan. [buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal-Dr. Edi, kompas.com]
5 Comments