Meski zaman sudah berubah, namun ada kalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai. Antaranya adalah petua berkaitan kecantikan seperti bagaimana untuk menghilangkan perut buncit, petua menghilangkan parut pada wajah atau petua untuk mengatasi masalah kulit kering.
Berikut beberapa petua orang lama yang masih amat berkesan untuk diamalkan.
Petua Hilangkan Parut
Parut
amat ditakuti terutamanya pada bahagian muka kerana susah hilang.
Ambil segenggam daun pegaga bersama akarnya sekali. Kisar lumat dan
campurkan dengan sedikit tepung beras.
Setelah digaul sebati, lumurkan
ia pada bahagian berparut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya
barulah dibilas dengan air bersih. Petua ini boleh diamalkan pada
bila-bila masa dan sekerap mungkin dan jika betul caranya, parut akan
menghilang sedikit demi sedikit.
Petua Kempiskan Perut
Bertubuh kecil dan kurus tidak semestinya terkecuali daripada masalah perut buncit. Untuk mengatasi masalah perut buncit, caranya adalah amat mudah.
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campurkan dengan kapur sirih dan gaulkan hingga sebati. Setelah itu lumurkan rata pada perut dan balut dengan kain bengkung. Amalkan petua ini setiap malam sebelum masuk tidur.
Petua Lembabkan Wajah
Cuaca yang panas mudah membuatkan kulit menjadi kering. Kisar kubis dan dapatkan airnya. Kemudian campurkan sedikit madu lebah dan kacau hingga sebati. Sapukan pada keseluruhan muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah itu barula dibilas dengan air bersih. [sumber: majalah keluarga]
4 Comments
Tambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di
Produk Muslim Ads Network
Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...
Terima kasih