Subscribe Us

Hebat! Dua Pelajar Sekolah Tinggi Indonesia Mencipta Penyegar Udara Daripada Tahi Lembu

Dua pelajar Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki memenangi hadiah pertama dalam Projek Sains Olympiad negara hasil ciptaan mereka membuat  penyegar udara daripada najis lembu yang mesra alam.

Penyegar udara itu dikatakan mempunyai wangian herba semulajadi dan  baik untuk kesihatan manusia kerana penyegar udara ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti produk penyegar udara lain di pasaran.
Pelajar tersebut mengutip tahi lembu dari ladang lembu di Rempit Kabupaten Jawa Timur dan membiarkan tahi lembu itu menapai selama tiga hari. Mereka kemudiannya mengekstrak air dari tahi lembu yang dicampur dengan air kelapa.

Cecair tersebut disuling untuk mengeluarkan segala kekotoran. Akhirnya produk  penyegar udara terhasil daripada cecair dengan aroma herba semulajadi  daripada makanan lembu dihadamkan.
Dua pelajar ini akan mewakili Indonesia ke The International Environment Project Olympiad race (INEPO)' di Istanbul'.
[orange.co.uk/.sipa.com]

Catat Ulasan

13 Ulasan

Cikgu Jaja™ berkata…
subhanallah.bijak budak2 zaman la :)
el berkata…
penyegar udara dr tahi lembu
biar betul ni hahahaha
bg free pun el xnak kahkahkah
SHAZRIZAL SHAHMY berkata…
pon boleyyy,,, tpi cool~
Dkna Abza berkata…
errrkkk!!1
3no gr33ny berkata…
tak pernah terfikir dek akal
Dzasc Skachers berkata…
power gile.. takjub kejap dengan ciptaan Allah
Kak Mahh berkata…
Menakjubkan.
mamawana berkata…
Assalam,

Hebat itu bah. Gimana yg kopi dari tahi musang..sgt popular di Indonesia. Geli tekak enggak...
Unknown berkata…
Itu lah dia zaman sekarang...segalanya blh dilakukan. Cuma mau atau tidak. Huhuhu..
Uji Hussein berkata…
Kenapalah tahi lembu?Carilah ekor lembu ke apa.
Tanpa Nama berkata…
ciptalah pakai taik manusia plak..leh jimatkan kumbahan..
Tanpa Nama berkata…
tahi lembu hanya makan tumbuhan iaitu rumput, sudah pasti tidak terlalu busuk berbanding tahi manusia
Tanpa Nama berkata…
tahi monyet pun boleh buat penyegar kerna bau harumnya menutup hidung.Org asli pernah cakap: Aku tak makan ayam sbb ayam makan tahi,aku makan monyet sbb moyet makan buah...hahahha.