Sejumlah gejala sampingan disebabkan kolestrol tingg antara lain, sering sakit
kepala, mudah lelah dan cepat mengantuk, rasa berat di tengkuk, hingga
kesemutan.
Jika ini berlaku, berhati-hatilah. Anda mungkin perlu segera mengubah
diet dan gaya hidup. Selain mengambil ubat yang disarankan, jagalah
diet dan pola hidup untuk kesihatan jantung.
1. Ingatlah untuk selalu menghindari kadar LDL tinggi atau kolesterol "buruk" dengan membatasi makanan berlemak jenuh [tepu]. Sementara itu anda harus tetap menjaga kadar HDL atau kolesterol "baik".
2. Cubalah untuk membatasi jumlah makanan setiap kali anda makan. Gunakan
anggaran sebesar sekepal tangan untuk pengambilan jumlah makanan daging atau ikan.
Lakukan hal yang sama dengan semua jenis makanan di meja makan anda.
3. Anda harus mengambil lebih banyak makanan jenis buah-buahan dan sayuran kerana makanan ini membantu mengurangkan kolesterol jahat.
4. Usahakan menu untuk "kesihatan jantung" seperti ikan terhidang setiap hari.
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 trigliserida membantu menurunkan
kolesterol dan mengurangkan pertumbuhan plak di arteri.
5. Oatmeal atau sereal gandum juga sebaiknya ada dalam menu
anda sehari-hari. Karbohidrat dan serat yang terkandung membuatkan anda kenyang
lebih lama dan mengurangi godaan untuk makan diantara waktu makan.
6. Cubalah kacang sebagai sampingan, kerana mengandung lemak tak tepu.
7. Kemudian usahakan melakukan senaman secara rutin. Selain menjaga berat
badan tubuh, latihan setengah jam lima hari seminggu membantu menurunkan
kadar LDL, mencegah penyumbatan arteri dan serangan jantung atau
stroke.
8. Cukupkan aktiviti anda seperti berkebun, berjalan santai, atau menaiki tangga, contohnya, mampu menyihatkan sistem kardiovaskular.
3 Comments