Sebahagian besar pemimpin negara di seluruh dunia, memiliki gaya hidup yang berbeza dengan rakyatnya. Namun, semua hal itu tidak berlaku bagi Presiden Uruguay, Jose
Mujica. Sejak dilantik menjadi presiden pada 2010 hingga 2015, mantan presiden yang kini berusia 87 tahun ini layak mendapat gelaran presiden termiskin di dunia.
José
Alberto Mujica Cordano dikenali sebagai El Pepe, (lahir 20 Mei 1935) ialah
seorang ahli politik Uruguay dan bekas ahli pertubuhan pengganas Tupamaros,
kini ahli parti campuran berhaluan kiri Frente Amplio (Barisan Luas).
Semasa menjawat jawatan presiden, lelaki bernama José Alberto Mujica Cordano ini
mendermakan 90 persen gajinya setiap bulan, iaitu 12 000 dollar AS untuk berbagai kegiatan amal. Bukan itu saja, beliau
yang dipanggil 'Pepe' oleh kawan-kawannya ini juga menolak tinggal di
kediaman rasmi presiden di ibu kota, Montevideo. Mujica lebih suka
memilih untuk tinggal di tanah pertanian di luar ibu kota. Bahkan, jalan
menuju kediaman Mujica belum dilapisi tar.
Tidak ada pasukan elit pengawal presiden, hanya dua pegawai polis dan
anjingnya yang memiliki tiga kaki, Manuela, mengawasi pintu masuk kawasan pertaniannya. Mujica dan isterinya malah menanam sendiri bunga-bunga yang menjadi hasil pendapatan
baginya. Mengapa Mujica memilih hidup sederhana walaupun beliau merupakan seorang presiden negara?
"Hampir seluruh hidup saya habiskan dengan cara seperti ini. Saya boleh
hidup baik dengan apa yang saya miliki saat ini," kata Mujica.
Pada tahun 2010, ketika harta pribadinya diumumkan yang merupakan kewajiban kerajaan Uruguay, harta Mujica hanya US1000
dollar sahaja.
Setelah dua tahun menjadi presiden, harta Mujica memang bertambah.
Itu pun setelah dia menambahkan aset milik isterinya berupa tanah,
beberapa traktor, dan sebuah rumah. Kekayaannya mencapai US215000 dollar, masih terbilang miskin untuk seorang ketua
negara.
Apa penyebab Mujica begitu miskin? Sejak 1960-an hingga
1970-an, dia adalah anggota pemberontak Tupamaros, kelompok bersenjata
berhaluan kiri yang terinspirasi revolusi Kuba. Dia pernah enam kali
tertembak dan terkurung 14 tahun di penjara.
Sebahagian besar masa
penahanannya dilalui dalam keadaan yang sangat buruk. Namun, selama dia berada di dalam penjara itulah yang menurut Mujica
membentuk kepribadian dan pandangan hidupnya.
"Saya disebut presiden termiskin di dunia, tetapi saya tidak merasa
miskin. Orang miskin adalah mereka yang bekerja hanya untuk menjaga gaya
hidup mewahnya dan selalu menginginkan lebih," ujarnya berfilosofi. [kompas.com/huffingtonpost.com]
5 Comments
Merak Langit