Subscribe Us

Info Ladies: Perkhidmatan Internet Penduduk Kampung

Pelbagai cara atau kaedah dilakukan untuk memberikan perkhidmatan dan pendedahan terbaik kepada penduduk-penduduk luar bandar terutamanya yang tidak berpeluang langsung menikmati kemudahan teknologi IT.  Info Ladies atau wanita bermaklumat telah diwujudkan di negara Bangladesh bergerak ke ceruk kampung dengan berbasikal.  Mereka merupakan pelajar lepasan IPT dari kelas pertengahan dilatih oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan khusus untuk memberikan perkhidmatan kemudahan internet, dan kelengkapan komputer.
Berbekalkan komputer riba dan sambungan internet 'Info Ladies' berbasikal ke kampung pedalaman menemui penduduk kaum wanita membantu mereka berhubung langsung dengan suami, anak atau saudara mara yang berada jauh di perantauan untuk melepaskan rindu.  Mereka lebih seronok dan gembira dapat berhubung sambil dapat melihat wajah yang disayangi secara langsung melalui skype berbanding telefon yang hanya sekadar mendengar suara saja.
Selain itu Info Ladies ini juga ditugaskan memberikan penerangan atau maklumat tentang kesihatan berkaitan dengan wanita seperti penjagaan kesihatan, HIV, AIDS, kebersihan haid dan kehamilan.

Mereka juga menjadi pengantara kepada para petani tentang cara penggunaan baja dan racun serangga yang betul.
Manakala bagi pelajar-pelajar sekolah, Info Ladies amat dinanti-nantikan kehadiran mereka. Inilah peluang mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui FB, bertukar-tukar nota pelajaran, membincangkan isu-isu sosial seperti kesan buruk perkahwinan kanak-kanak, mas kahwin dan penderaan seksual.
Bangladesh mempunyai jumlah penduduk sebanyak 152 juta orang, namun hanya 5 juta saja yang mempunyai akses internet.
[dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan