Peristiwa yang amat menyentuh perasaan telah dirakam oleh Jurugambar
Adri De Visser,
50 di 'Queen Elizabeth National Park Uganda'. Gambar-gambar yang dirakam menunjukkan bagaimana seekor singa betina yang begitu ganas dan bengis masih mempunyai rasa belas dan bersalah terhadap seekor anak antelop yang masih kecil setelah membunuh ibu antelop sebagai mangsa habuan.
Selepas
selesai memburu, tiba-tiba muncul anak kecil antelop dalam keadaan
ketakutan menghampirinya, dan secara spontan naluri ibu menguasai singa
betina lalu terus melutut tak berdaya melihat kedaifan anak antelop
tersebut.
Dengan perasaan penuh kasih sayang singa tersebut menyentuh anak
antelop dengan tangannya dan bertindak melindunginya.
Hampir 45 minit singa itu dalam keadaan kebingungan. Akhirnya pegawai renjer membunyikan enjin motorsikal kuat-kuat untuk mengalih perhatian singa.
Sekali lagi lagi naluri ibu singa betina terangsang lalu bertindak menggonggong anak antelop bagai anaknya sendiri membawa lari ke tempat lebih jauh dan selamat.
Sekali lagi lagi naluri ibu singa betina terangsang lalu bertindak menggonggong anak antelop bagai anaknya sendiri membawa lari ke tempat lebih jauh dan selamat.
3 comments:
hukum alam rimba..yg kuat mengatasi yg lemah, jarang berlaku kejadian seperti ini ... pedoman buat manusia spt kita..insaflah
Subhanallah. Maha besarnya pengajaran untuk manusia,dunia akhir zaman banyak perkara pelik yg berlaku.ambil iktibar dari kisah ini.haiwan berlainan fitrahpun ada naluri kasih sayang tapi ramai dr kalangan generasi kini yg tergamak buang anak sendiri...
Maha Suci Allah itulah hukum kejadian punyai sifat dan naluri, Subahanallah suatu pedoman yg patut kita fahami, sekejam2 haiwan masih ada lagi naluri kasih sayang, tapi bagaimana dgn dengan "Insan" atau manusia yg mmg sanggup membunuh bayi sendiri dan membuang bayinya, tiada belas kasihan kah di dalam diri mereka...
Post a Comment