Tahukah anda, bahawa tubuh kita seringkali memberi amaran tentang keadaan kesihatan
badan kita. Ada beberapa anggota tubuh yang biasa memberikan tanda
tentang kesihatan kita. Antaranya, mata, lidah, urin, dan juga kulit.
Itu yang biasa kita tahu. Sebenarnya selain anggota tubuh di atas, laman Times of India menyatakan bahagian telapak tangan juga memberi petunjuk dengan tanda- tanda yang tertentu berhubung masalah kesihatan diri kita.
Berikut ada beberapa petunjuk untuk mengenali tahap kesihatan diri melalui telapak tangan:
1. Tapak tangan berpeluh
Telapak
tangan basah berpeluh biasanya terjadi apabila anda merasa gugup atau
cemas. Awas, jika keadaan ini terus-menerus terjadi tanpa sebab
yang jelas, anda mungkin mengalami gangguan
kelenjar tiroid atau jantung.
Adanya peluh yang tidak
terkawal di bahagian tapak tangan adalah akibat kelenjar tiroid
yang terlalu aktif sehingga menyebabkan peningkatan metabolisme tubuh.
Akhirnya tubuh membakar kalori berlebihan yang memacu peningkatan suhu
tubuh dan pemeluhan pun tidak terkawal di bahagian badan tertentu.
2. Tapak tangan memerah
Keadaan
ini menjadi petanda adanya gangguan hati akibat pengembangan
pembuluh darah sebagai respon atas ketidakseimbangan hormon yang disebabkan
kerosakan hati. Perubahan warna muncul di sekitar pergelangan tangan
dari pangkal ibu jari dan kelingking.
Selain gangguan hati, telapak tangan yang memerah itu juga kerap memberi petunjuk
adanya penyakit lain seperti rheumatoid arthritis dan gangguan tiroid.
3. Tangan bergetar @ gementar
Tangan
getar biasanya terjadi jika kita cemas, panik, atau mungkin kelelahan
memegang suatu benda yang berat, tetapi jika getarnya itu
tanpa sebab dan tidak boleh dikawal, sebaiknya anda perlu waspada.
Tangan
bergetar tanpa sebab boleh menjadi peringatan awal adanya serangan
Parkinson. Penyakit ini mempengaruhi sistem saraf seperti gangguan
gerak otot-otot tubuh. Jika perkara ini terjadi kepada anda atau keluarga,
maka sebaiknya segera berjumpalah dengan doktor.
4. Kuku berubah warna
Kuku
yang sihat biasanya berwarna kemerahan atau juga dikatakan rona merah muda. Namun, jika keadaan kuku anda berwarna pucat kuning kehijauan, waspadalah.
Ada kemungkinan terjadi infeksi kulat. Dalam kes-kes khusus,
perubahan warna pada kuku seperti ini adalah petunjuk awal adanya
penyakit paru-paru.
JIka ada kesan kecoklatan pada warna kuku anda, seperti tahi lalat di bahagian garis kuku, itu dapat menjadi
petunjuk adanya penyakit kulit psoriasis. Bersambung bahagian 2... [liputan6.com]
2 Comments