Permainan
bola berapi bertujuan untuk menguji
ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh pelajar-pelajar beberapa Madrasah di Jawa Timur, Indonesia begitu mencabar sekali.
Setiap pemain perlu bersedia untuk
menghadapi perlawanan
bola sepak berapi dengan melakukan amalan dan pembelajaran seperti berpuasa
selama 21 hari serta mengamalkan doa -doa tertentu untuk 'menjinakkan api'.
Permainan selama 60 minit yang sukar di atas padang berkeluasan 25 x 25 meter, dengan kaki tanpa kasut pastinya terdedah dengan kemungkinan kecederaan akibat menyepak bola kelapa yang terbakar yang telah direndam di dalam minyak tanah selama dua hari. [Lihat foto dan video permainan menarik di bawah]
Buah kelapa direndam dengan minyak tanah selama 2 hari
Kelapa yang telah terendam dengan minyak tanah sedia untuk digunakan dalam perlawanan.
Perlawanan
yang berlangsung selama 60 minit memerlukan empat biji kelapa berapi sehingga permainan tamat. Setiap pasukan yang terdiri daripada lima orang pemain ini ada kaitannya
dengan permainan tradisi pencak silat, seni mempertahankan
diri tradisional Indonesia.
Penganjur
pertandingan, Ali
Akhyar berkata, “
Kami membuat bola api untuk
menguji keberanian pelajar. Tujuan upacara pra-perlawanan dan perlawanan itu
sendiri adalah untuk memberi pemain kekuatan psikologi
dan kekuatan rohani memastikan mereka tahan haba di mana api
tidak membakar kulit mereka.” [dailymail.co.uk]
7 Comments
kne psiapkan dri fizikl n mental..
lebih2 lgi ianya mguji rohani..