'Wujiao' Pelajar Tidur Setengah Jam Selepas Makan Tengah Hari - orangmuo.my

Post Top Ad

'Wujiao' Pelajar Tidur Setengah Jam Selepas Makan Tengah Hari

Share This
Dikenali sebagai 'wujiao' atau tidur setengah jam selepas makan tengah hari merupakan satu konsep atau peraturan tradisional dalam sistem pendidikan di China dan Taiwan bagi kanak-kanak sekolah rendah.  Sesi pembelajaran yang bersambung pada sesi petang sudah tentu amat meletihkan.  Justeru dengan menggunakan kaedah 'wujiao', semua murid perlu mematuhi peraturan ini untuk mengembalikan semula kecergasan fizikal dan mental.
Kebanyakan sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan asrama dan bangunan sekolah yang terhad, maka pelajar-pelajar menggunakan kemudahan yang ada seperti meja dan bangku sebagai tempat untuk tidur setengah jam.

Kaedah ini juga sebagai alternatif untuk mengatasi masalah lewat sampai ke sekolah disebabkan kebanyakan mereka tinggal jauh dari sekolah. Justeru mereka tidak perlu pulang pada waktu tengah hari. [dailymail]

Post Bottom Ad

Pages