"Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut Harimau" begitulah bunyi peribahasa yang diajar oleh cikgu semasa kita di sekolah rendah. Gambar ini pula sebaliknya, " terlepas dari mulut rimau masuk ke mulut buaya".
Amat sukar untuk kita menyaksikan peristiwa hebat seperti dalam gambar ini dengan mata sendiri secara langsung. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang jurugambar hidupan liar, Marina Scarr dari Florida, Amerika. Seekor ikan 'gar fish' tiba-tiba melompat dan terus menuju ke mulut Sang Buaya [aligator] yang kebetulan sedang membuka mulutnya.
Selama tiga hari, 8 jam setiap hari Marina menanti saat keemasan untuk merakam gambar terhebat ini. Semasa gambar ini dirakam, paras air sungai tersebut amat cetek kerana musim panas dan kemarau. Selain ikan, banyak aligator menghuni sungai ini. Paras air yang cetek menyebabkan pergerakan ikan amat terhad ditambah pula dengan bilangan aligator yang banyak sedia membaham mangsa. Untuk melepaskan diri dari pemangsa, ikan ini pun melompat dengan harapan terselamat daripada bahaya. Sudah rezeki Sang Buaya...
Inilah "rezeki datang bergolek" namanya.
Rezeki aku hari ni hmm... :)
6 Comments
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,