Pasar Maeklong di Samut Songkhram, Thailand, kira-kira 37 batu ke barat Bangkok dianggap sebagai kawasan pasar yang paling berbahaya di dunia tetapi selamat. Pasar tempat penduduk tempatan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran terletak di kiri dan kanan landasan kereta api . Deretan gerai yang didirikan bukan saja hanya beberapa inci saja dari landasan, malah payung atau atap gerai menutupi landasan, menjadi tempat laluan para pengunjung dan pelancong.
Semua orang yang sedang sibuk berjual-beli akan menghentikan aktivitinya dan segera mengalihkan segala barang jualan dan payung gerai untuk memberi laluan kepada kereta api yang sedang bergerak dengan kelajuan 25km sejam.
Kecekapan dan kepekaan semua pemilik gerai dan pengunjung memberi laluan kepada kereta api telah menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara. Keunikan pasar awam ini telah menjadi pusat pelancongan utama di Thailand.
Apabila kereta api sudah berlalu, aktiviti diteruskan seperti biasa tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Lihat foto dan video aktiviti pasar kereta api yang menarik ini..
8 Comments
slmt hari raya maaf zahir & batin tuan :)
nk shopping pun xaman :)
Tak tau laa kat malaysia ada peniaga yg mcm ni. Setahu sy...kalo tak peniaga tu yg kena berpindah meniaga kat tempat lain....rel ketapi pulak yg kena pindah ke laluan lain, huhu..