Uji Kehebatan Kereta Baru Bersama Babun - orangmuo.my

Post Top Ad

Uji Kehebatan Kereta Baru Bersama Babun

Share This
Pengeluar kereta Hyundai telah mengadakakan sesi ujian ketahanan dan kelasakan kereta hatcback barunya  dengan segerombolan babun di Knowsley Safari Park, Merseyside. Babun adalah antara haiwan yang tergolong dalam binatang cerdik.  Lebih 40 ekor babun di taman tersebut mengambil bahagian menguji keseluruhan bahagian kereta termasuk luar dan dalam. Sesi ujian tersebut berlangsung selama lebih 10 jam dengan pengendalian yang kasar.

Babun-babun ini berjaya menjalankan tugasan masing-masing seperti melompat, mencakar, menggigit, mencabut dan sebagainya. 
Malah babun-babun ini bereksperimen dengan semua jenis suis, menggunakan peralatan bekas makanan dan minuman, sama ada material yang digunakan tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Hasilnya, terdapat kesan calar, material daripada getah tercabut, kesan gigitan pada setering, dan banyak kesan cap jari dan palitan. Pihak Hyundai berharap ujian ini dapat membantu syarikat melakukan penyelidikan dan kajian untuk keluaran akan datang.

Bagaimana pula dengan kereta buatan tempatan. Mampukah kereta nasional kita boleh bertahan seperti kereta hyundai ini...
 Kedaan kereta selepas diuji

Post Bottom Ad

Pages