Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat.
1. Ketika tidur, usahakan tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi. Ia dapat membantu mengurangi pembentukan lendir. Setiap gerakan semasa tidur akan memberikan tekanan pembentukan lendir di dalam hidung. Oleh itu, usahakan untuk tetap menjaga posisi tidur dengan wajah menghadap siling.
2. Aroma Pedas daripada bawang merah ternyata berkesan untuk menyingkirkan hidung yang tersumbat. Cukup dengan mengupas sebiji bawang merah dan potong dua sebelum menghidu aromanya selama 5 minit.
3. Ambil makanan pedas. Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam rempah pedas seperti cili akan dapat membersihkan rongga hidung dalam waktu yang singkat apabila lendir keluar dengan sendiri daripada hidung.
4. Minum teh atau kopi panas membantu untuk mengeluarkan lendir melalui wap yang terhasil daripada minuman panas.
5. Tambahkan beberapa titis menthol ke dalam air panas. Kemudian hadapkan wajah kepada wap air panas tersebut. Untuk memperoleh wap semaksimum mungkin ke muka, gunakan tuala kecil untuk menutup kepala dan bekas air tadi. [mingguan wanita -mac 2012]
10 Comments
kene mkan pedas banyak2 nie..
biar selesema n lendir banyak kuar..
menagis tahan pedas lah nmpknya..hehe