Seorang bayi lelaki yang baru berusia seminggu dilahirkan mempunya 6 kaki. Bayi pramatang ini dilahirkan disebuah hospital di Karachi Pakistan.
Bayi berkaki 6 ini dipercayai adalah yang pertama di Pakistan dan mungkin di dunia abad ini. Sepasukan doktor sedang merancang untuk melakukan pembedahan dengan melibatkan pakar-pakar dari seluruh dunia. Operasi pembedahan ini merupakan satu tugas yang rumit. Lihat video...
Pengarah Institut Kebangsaan Kesihatan Kanak-kanak di Karachi, Doktor Jamal Raza, menjelaskan mereka perlu memikirkan sama ada bayi tersebut mempunyai anggota berkembar ataupun tidak. Mereka juga perlu mengambil kira berapa banyak organ-organ dalaman yang telah terbentuk yang boleh merumitkan proses pembedahan dan ini boleh menjejaskan peluang bayi untuk terus hidup. [dailymail]
8 comments:
pelik tapi benar..semuanya kuasa tuhan
macam-macam
salam kenal ..
atas kehendak Allah.. moga bayi ini selamat jika dibedah kelak..
Kuasa Allah tiada siapa boleh menghalangnya. Bagaimanapun baby ni nmpk putih kulitnya, comel pula.
kehendak Allah..
tiada siapa yang boleh menghalang.
subhanalloh....
wih mantap
Post a Comment