Stimulasi Muzik
Alunan muzik yang berirama lembut juga dapat dimanfaatkan untuk merangsang janin agar cerdas dan kreatif.
Jenis musik yang boleh dimanfaatkan hanya terbatas kepada jenis musik klasik dan berirama lembut saja. Memperdengarkan muzik berirama keras kepada bayi dalam kandungan tidak disarankan sebab akan menyebabkan timbulnya kebingungan pada bayi.
Alunan merdu ayat-ayat suci al-Quran adalah amat sesuai diperdengarkan kepada janin [bayi] dari peringkat awal lagi. Lebih baik jika ibu atau bapa sendiri membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran sebaik-baiknya khatam 30 juzuk dalam tempoh kandungan 9 bulan.
Musik dapat mempengaruhi otak bayi kerana proses pengenalan musik akan melibatkan banyak bahagian pada otak. Terdapat pusat pertautan penglihatan dan pendengaran yang berfungsi menafsir objek yang dilihat dan didengar. Informasi dari pusat yang berada di permukaan otak tersebut akan disalurkan ke pusat emosi yang diatur di dalam sistem limbik [Sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokampus dan hipotalamus, yang berkaitan dengan aktiviti seperti fungsi autonomi, emosi dan tingkah laku].
Stimulasi Fizik - Tingkah Laku Motor
Bercerita atau mengelus-elus bayi dalam kandungan dengan penuh perhatian dapat merangsang pertumbuhan atau perkembangan otak pada janin. Hal ini akan merangsang bayi untuk merasa tenteram kerana ia merupakan rangsangan yang positif. Janin, bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun yang dibesarkan dalam situasi yang membiasakannya untuk berbicara dengan baik, mendengar dan membaca, cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi dan lebih maju daripada kanak-kanak lainnya.
8 Comments
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/bola-ke-longkang-argh.html
Jemput singgah ke blog Koding...