Mentimun atau timun terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi penghidap hipertensi, timun amat berguna bagi menurunkan tekanan darah. Timun dengan nama saintifiknya sebagai cucumis sativus memiliki kandungan air yang banyak lengkap dengan vitamin C dan silika. Satu kajian yang dilakukan terhadap timun ini mendapati bahawa kandungan kalium, magnesium, fostor, beta karoten dan asid folat yang terdapat dalam timun dapat bekerja mengatur tekanan darah menjadi normal.
Penggunaan timun untuk menurunkan tekanan darah amat mudah. Timun dimakan secara langsung atau sebagai hidangan tambahan dalam menu harian. Untuk mengekalkan khasiatnya sebaik-baiknya dimakan dengan kulitnya sekali kerana kulit timun mengandungi banyak serat. Lihat saja warna hijau timun ini benar-benar menggambarkan ia kaya manfaat dan khasiat.
13 ulasan:
Timun masak asam pedas pn sdap jgk
Suka makan acar timun...
baru tau timun bek untk kshatn..
salam ziarah..
lepas ni nak makan kulit timun sj! ahaakss ;0
juz kiding..
i like timun... pas makan mesti cari timun :-)
timun tua (warna cokelat) kalau dicampur dengan ikan parang atau ikan patin sungai masak tempoyak.... hadoooii....
timun juga elok dimakan bersama satay, kerana dalam timun tu mengandungi anti karsinogen yang dapat melawan zat karsinogen yang terdapat di dalam satay hasil pembakaran arang yang mengandungi karbon..
Oo, baru tau nie
biasa letak timun kt mata sblum tdo smbil pkai masker...hoho
Paling malas makan mentah
timun bagus utk kulit juga kan
hiris nipis2 pastu letak dekat mata...hilang eyebag,,insyaALLAH.. :)
timum buat ulam pun sedap
Catat Ulasan