Kemampuan aktor filem fiksyen superhero Spiderman yang berayun-ayun di bangunan pencakar langit menggunakan jaring yang super lekat dan kuat bakal menjadi kenyataan. Ilmuwan AS ketika ini sedang membangunkankan cara memproduksi benang sutera yang memiliki kekuatan seperti besi
Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Don Jarvis, pakar molekul biologi dari University of Wyoming, Amerika Syarikat, secara genetik telah memodifikasi pembuatan ulat sutera dengan protein labah-labah.
Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Don Jarvis, pakar molekul biologi dari University of Wyoming, Amerika Syarikat, secara genetik telah memodifikasi pembuatan ulat sutera dengan protein labah-labah.
Harapan mereka adalah dengan melekatkan sekuen gen protein sutera labah-labah dalam sekuen gen ulat sutera boleh mendapatkan protein untuk bersama bergabung menjadi serat komposit, dan itulah yang terjadi.
Para peneliti menambahkan bahawa sementara ini ulat sutera jauh lebih mudah untuk proses penternakan dan menghasilkan sutera dengan jumlah berlebihan. Jadi mereka bekerja dengan cara mentransfer gen labah-labah yang menjadi kunci untuk membuat benang kuat. Apa yang pasti penembusan ilmiah ini dapat membuka pintu produksi dalam skala yang lebih besar.
Benang sutera ini dapat digunakan untuk peralatan perubatan, termasuk membuat ligamen-ligamen dan tendon buatan, serta untuk dressing luka berat. Ia juga dianggap cukup kuat memiliki potensi sebagai bahan dalam pembuatan jaket kalis peluru. [foxnews.com /Liputan6.com]
7 Comments