Pihak berkuasa kerajaan Aceh terpaksa bertindak keras ke atas berpuluh-puluh orang pemuda peminat rock berambut punks dengan mencukur kepala mereka, merampas tindikan di badannya dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak dalam usaha membanteras gejala sosial buruk yang boleh mengancam nilai- nilai Islam yang sedang diterapkan di negeri itu.
Seramai 60 orang pemuda dan 6 orang gadis dilucutkan rantai leher dan rantai kolar anjing lalu direndam di dalam kolam untuk pembersihan 'rohani'. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat tahanan polis 30 batu dari ibu kota wilayah Banda Aceh untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama sepuluh hari. Hanya selepas itu mereka barulah dibenarkan pulang ke rumah.
Ia adalah usaha terbaru oleh pihak berkuasa untuk menggalakkan nilai-nilai moral yang tegas di Wilayah Aceh, yang mendapat kuasa pemerintahan separuh autonomi di mana undang-undang Syariah Islam telah dikuatkuasakan pelaksanaannya sejak 2005 selepas berlakunya tragedi dahsyat tsunami.
Ketua program pemulihan, Encik Hasan berkata: 'Kami tidak menyeksa sesiapa. Kami tidak melanggar hak asasi manusia. Kami hanya cuba untuk meletakkan mereka kembali di atas landasan moral yang betul. ' [ dailymail.co.u]
15 Comments
Hak samarata.
Tempat tak da faedah dia pun tak peduli.
Untuk itu diperkenalkan blog
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
Semoga bermanfaat. Dan Terima kasih kerana menerbitkan catitan saya. Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita. Aaamiiin.
mana tahu dapat ubah budak2 kita.