Peti Sejuk Sarat Dengan Bakteria Memudaratkan? - orangmuo.my

Post Top Ad

Peti Sejuk Sarat Dengan Bakteria Memudaratkan?

Share This
Peti sejuk adalah tempat berbahaya kepada kesihatan, demikian menurut pakar-pakar dari syarikat Microban Eropah.
Kajian menunjukkan bahawa beberapa petak peti sejuk mungkin mengandungi sejumlah besar patogen. Masalah yang paling besar adalah berkaitan dengan ruang tempat menyimpan barang basah segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Para saintis telah mengkaji peti sejuk yang tidak ada fros. Mereka mendapati pemilik jarang membasuh peti sejuk kerana ia tidak memerlukan defrosting.

Hasil kajian mendapati, kotak-kotak yang diambil daripada peti sejuk mengandungi purata 7850 unit pembentukan koloni bakteria bagi setiap 1sm persegi. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, bilangan mereka mencapai jumlah sehingga 129 ribu untuk 1sm persegi. Ruang bahagian tempat menyimpan barang basah telah dibuktikan mengandungi E.coli, salmonella, listeria.
Jangan lupa untuk mencuci peti sejuk anda. Ia adalah penting untuk kesihatan keluarga anda!

Post Bottom Ad