Subscribe Us

Berita Buruk Untuk Bapa :) Bayi Harus Berkongsi Katil Ibu Sehingga Tiga Tahun - Baik Untuk Jantung & Otak

Berita buruk untuk bapa :) Nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak; bayi-bayi sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun!  Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan  kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Pakar tersebut juga menyatakan,
jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar.

Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.[dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

9 Ulasan

Yunus Badawi berkata…
Adam tidur bawah ketiak emaknya sampai skrg. Dia dah 3 tahun lebih.
Unknown berkata…
alamak..takkan tiga tahun nak tahan
Tanpa Nama berkata…
emmmmm nampak gaya sibapak kene buat jadual waktu ni ha ha.. berkorban apa saja :D
syuxer berkata…
hhahaha mana tahan 3 tahun tuh...tempoh berpantang pun dah menangis hehe apatah lagi 3 tahun..;p
odahonebizz berkata…
bagus gak ni...boleh merancang keluarga lambat sikit bebi dpt adik baru...hoho..nice
fana berkata…
bagus idea ni.. hehehhehehe
Abu Bagi berkata…
alahai mmg berita buruk hahahaha
Tanpa Nama berkata…
huhu kasihan ayah baru :P
roha berkata…
berita buruk untuk bapa kahkahkah....takut nnti bapa pulak yg kurang tidur hehe..