Seorang lelaki Cina yang mencuba rawatan kecantikan mandi dengan belut hidup akhirnya terpaksa menanggung kesakitan apabila seekor anak belut masuk ke dalam zakarnya.
Vain Zhang Nan, 56, dimaklumkan mandi dengan belut akan membuatkan beliau kelihatan 10 tahun lebih muda kerana belut-belut menggigit lapisan kulit mati.
Justeru, dia membeli sepuluh ekor anak belut di pasaran tempatan di bandar Honghu, Wilayah Hubei, dan membuat keputusan untuk mencubanya di rumah. Malangnya seekor anak belut 6 inci panjang berenang sehingga ke uretra dan masuk ke dalam pundi kencing.

“ Tiba-tiba saya merasakan sakit teramat dan menyedari belut kecil telah berada di hujung zakar saya. Saya cuba untuk menangkap dan menariknya keluar, tetapi belut itu terlalu licin, ia hilang dan telah masuk ke dalam zakar saya.'
Dia segera menuju ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lelaki itu telah menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan anak belut dan doktor mendapati anak belut tersebut telah mati.
Pakar bedah Jin Wang berkata, “Sifat licin badan belut membuatkan ia mampu masuk ke dalam kemaluan Nan. Diameter salur kencing pada zakar lelaki hanya sedikit sempit, tetapi kerana belut agak licin, badannya umpama dilumur minyak hitam atau pelincir, maka ia boleh menyelinap masuk melalui lubang sempit seperti salur kencing zakar dengan mudah.” [orange.co.uk]
16 Comments
Siapa Sabotaj Siti