Subscribe Us

Remaja 12 Tahun Mengambil Nyawanya Sendiri Untuk Menjadi Penderma Organ Bapa dan Abangnya

Seorang gadis berusia 12 tahun membunuh dirinya dengan minum thiodan racun perosak supaya dia boleh menjadi penderma organ kepada bapa dan abangnya.
Pengorbanan Mumpy Sarkar dari
kampung Jhorpara, Bengal mati dengan sia-sia, kerana niatnya hanya diketahui oleh keluarganya sehari selepas pembakaran tradisional mayatnya di mana ayahnya baru menemui satu nota di atas katilnya.
Nota yang dialamatkan kepada ibunya, gadis itu meminta agar mata dan buah pinggangnya digunakan untuk rawatan bapa dan abangnya.

Gadis itu telah mendengar ibu bapanya membincangkan bagaimana hanya pembedahan mata yang boleh memulihkan penglihatan ayahnya dan pemindahan buah pinggang dapatv mengembalikan kehidupan abang dan ayahnya.
Kos prosedur perubatan untuk pembedahan di luar kemampuan keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa.
Mumpy, seorang pelajar Tahun Enam di Sekolah Persatuan Peladang, Baranberia menemui pelan, yang seolah-olah menjadi jawapan kepada masalah keluarga mereka. Dia akan membunuh dirinya dan organnya akan memberikan kehidupan kembali terhadap orang tersayang.

Encik Samir Poddar, wakil majlis negeri tempatan, melawat Encik Sarkar di rumah, 70 batu utara dari Calcutta, dan menjanjikan bantuan kewangan untuk rawatan Manojit yang buta dan anaknya, yang telah menderita penyakit batu karang di dalam buah pinggang. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cian dia mati dengan sia sia je ;(
Rozita Ceritaita berkata…
kalau dia x kena bakar pun... eeerrr bukan ke racun tu dah masuk buah pinggang dia???
Dzasc Skachers berkata…
la hai...
mana pigi agama?
Unknown berkata…
niat yg murni..tp hnya sia2..kalau kluarga die tawu awal pon diorang mane ade kos tuk buat pembedahan tu..huhu
Unknown berkata…
sebab tu perbuatan membunuh diri memang x prnh dibenarkan dalam mana2 agama.
Kak Mahh berkata…
Niatnya nak bantu keluarga...tapi???
Rtp Farra Arisha berkata…
nawaitunya tulus tp masih ada yg kurang kann. hmmm.
Doktor Love berkata…
tidak mengapa. dia masih budak lagi. niatnya sangat tulus,suci dan murni. berapa ramai diantara kita yang sanggup mengambil langkah ini demi ahli keluarga tersayang? perbuatannya memang salah disisi agama. namun disitu ada mesej tersendiri buat kita. pengorbanan yang tidak ternilai dari seorang gadis kecil. kita doakan yg terbaik sahaja buatnya. =)Amin.
ainaa berkata…
budak yang baik tapi kurang bijak