Seorang wanita di Cina mendapat lebih daripada apa yang di tawarkan apabila beliau secara berseloroh memberitahu teman lelakinya dia hanya akan berkahwin dengannya jika dia sanggup berjalan kaki sejauh 1 000 batu. Ling hsueh, 23, membuat cabaran yang merujuk kepada sebuah lagu duo Scottish '500 miles' kepada teman lelakinya, Liu Peiwen, 29 tahun.
Namun sebelum Ling sempat memberitahu Liu bahawa dia hanya bergurau sahaja, dia telah pun membeli beg sandang dan bertolak dari wilayah Henan memulakan perjalanannya.
"Apabila saya sampai ke sana, saya berharap dia sedang menunggu ketibaan saya di depan pintu, dan saya akan bertanya lagi, sudikah berkahwin dengan saya! Saya berharap dia akan berkata kata 'yes'," kata Liu Peiwen.
Ling memberitahu media tempatan, "Dia buah hati saya. Saya akan tetap berkahwin dengannya dan gurauan saya menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki 1 600 kilometer."
Perjalanan dijangka mengambil masa enam minggu dan Liu menambah, "Saya suka berjalan dan sentiasa mahu melihat lebih banyak negara...tetapi cinta saya adalah matlamat saya yang paling penting." [orange.co.uk]
4 Comments