Callaghan: Menyapukan salap atau krim yang mengandungi nitrat oksida pada luka gigitan ular adalah pertolongan pertama yang paling berkesan. Demikian hasil kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik dari Universitas Newcastle, Callaghan, Australia, baru-baru ini.
Ketika ular menggigit, maka bisa yang disembur daripada taringnya akan masuk ke dalam jaringan dan seterusnya masuk ke pembuluh darah. Ketua pengkaji, Dirk van Helden, mengatakan, ubat sapu yang mengandungi nitrat oksida bertindak menghentikan proses tersebut. Salap yang mengandungi nitrat oksida akan meningkatkan harapan untuk hidup mangsa gigitan ular sehingga 50%.
"Krim mengandung nitrat oksida akan memperlambat racun masuk ke dalam pembuluh darah antara 65 - 96 minit," kata van Helden. "Ini akan menjadi pertolongan pertama yang sangat hebat bagi penderita gigitan ular."[Zeenews]
3 Comments
TQ
Ada tak dijual kat Muar Nitrat Oksida tu, nak belilah. Saya selalu belerang kuning tabur sana, tabur sini. Sebab, pernah ular tedung masuk rumah (sekali). Berdiri bulu roma, tak sangka ia boleh masuk ke kediaman kami.
ada kat mna je salap tu?