Salam Ramadan & Selamat berpuasa...Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Phonex dactylifera  yang berbuah dan boleh dimakan baik yang masak atau yang mentah.  Kebanyakan pohon kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai  berbagai-bagai jenis.  Selain rasanya yang manis semulajadi, buah ini juga memiliki  kandungan protein serta serat tinggi.
 
 Kurma memiliki daftar panjang kandungan nutrien yang bermanfaat bagi  tubuh. Kurma matang mengandungi gula sekitar 80 peratus, selebihnya terdiri  daripada protein, lemak dan bahan mineral termasuk tembaga, besi, magnesium  dan asid folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik.  Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandungi sekitar 115 kalori,  hampir semuanya dari karbohidrat.
 Menurut pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University, Dr.  Louis Tobian Jr, kurma dapat menurunkan tekanan darah serta boleh memberi  kekuatan tambahan untuk mencegah stroke secara langsung mengawal tekanan darah seseorang.
 Khasiat lainnya, kurma mengandungi pelbagai vitamin penting,  seperti vitamin A dan riboflavin dalam jumlah yang cukup, serta niasin  dan kalium dalam jumlah yang banyak. Selain itu, buah ini juga mengandungi  zat besi, vitamin B1, serta asam nikotinat yang berfungsi membantu  melepaskan energi dan menjaga kulit serta saraf agar tetap sihat.
 Beberapa khasiat kurma lainnya seperti menjaga kesihatan jantung dan  menyembuhkan batuk apabila dimakan dalam bentuk jus kerana zat gula  yang terkandung di dalamnya mampu menghilangkan gatal-gatal pada  tenggorok sekaligus menghentikan batuk. [suaramerdeka.com]

2 Ulasan