Cubaan berani seorang banduan, Juan Ramirez Tijerina cuba melarikan diri dari penjara di Mexico dengan bantuan teman wanitanya dengan bersembunyi di dalam sebuah beg seolah-olah seperti dalam kisah cerita 'movie' .
Namun percubaannya untuk menyelinap keluar dari penjara berakhir apabila teman wanitanya, Maria del Mar Arjona, 19 tahun yang sedang menarik beg hitam besar beroda kelihatan gementar. Mereka menggunakan kesempatan meloloskan diri atas pas lawatan suami isteri.
Pengawal penjara memeriksa beg itu dan mendapati banduan Juan Ramirez Tijerina bersembunyi dalam kedudukan seperti bayi dalam kandungan.
Ramirez sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun pada 2007 bagi sabitan kesalahan memiliki senjata haram. Arjona ditangkap dan sedang dalam siasatan. [dailymail.co.uk]
7 Comments