Subscribe Us

Tradition:100 Jam Diperlukan Untuk Sepasang Kasut Manik Tradisional Status Tinggi

Singapura: Kasut Manik tradisional Singapura sangat digemari pelancong asing kerana keunikan, kualiti serta mempunyai ciri-ciri asli kebudayaan warga masyarakat tempatan. Kaum Hawa di Singapura menyebut sandal ini dengan nama 'nonyas'. 
Seorang pengusaha kasut manik tradisional, Robert Sng, 61 tahun berkata, cara pembuatannya memang  rumit. Bayangkan saja,  Robert Sng memerlukan waktu 100 jam untuk menyiapkan sepasang kasut manik. Harga sepasang sandal ini berharga dari $700-$900 dolar Singapura [ RM1800- RM2200] 

In the dim light of a solitary lamp, Robert Sng quietly weaves tiny glass beads onto canvas
 A steady hand and infinite patience is required to complete a beadwork design
Menurut tradisi, setiap pola dan motif melambangkan tingkat martabat keluarga si pemakai. Semakin sulit motifnya, semakin tinggi status sosial dan kaya raya si pemakai. 

Sejak beberapa dekad yang lalu kasut manik ini begitu popular bagi wanita masyarakat peranakan Melayu-China Singapura dan Malaysia. 
Malangnya, gaya hidup masyarakat kini berubah  begitu pantas disebabkan  oleh arus kehidupan moden. Pada hari ini pembuatan kasut manik masih bertahan hanyalah sekadar sebagai hobi sahaja.
 Sng shows his latest work-in-progress to a pair of tourists in his shop
Namun, bisnes pembuatan kasut manik tradisional negara ini dibimbangi semakin lupus akibat arus pemodenan. Ramai pengusaha sandal tradisional banyak yang beralih kepada kerjaya pekerjaan lain. CNN. (Vin)

Post a Comment

4 Comments

CekWa said…
cantik!, harga mmg padan dgn pembuatannya.
SCLover said…
cantik..tengok sekali mmg rasa mahal.. tapi kalau dikirakan masa + tenaga - padan dgn harga.. hasil kraf almost harga mmg tinggi...
aima said…
baru nak plan rembat kasut manik merah ni namun bile smpai tang harga terus telan air liuq he....rm1800 tu....
Unknown said…
memerlukan skill dan kesabaran yang tinggi