Sebuah hospital di Slovakia, Hospital Kosice-Saca, telah menemui kaedah berkesan untuk memberikan keselesaan kepada bayi yang baru lahir sementara terpisah daripada ibunya yang sedang menjalani rawatan iaitu dengan mengalunkan lagu-lagu klasik seperti Mozart dan Vivaldi. Dr. Slavka Viragova berkata, dengan menggunkan 'headphone' bersaiz biasa bayi-bayi ini diperdengarkan lagu-lagu klasik berirama perlahan dan lembut bertujuan untuk menggantikan sementara suara ibunya serta membantu mengawal pernafasan dan denyutan jantung bayi menjadi lebih sempurna. Beliau yang melancarkan projek tersebut mendakwa, mozart membantu bayi untuk mengingati ibu ketika ia tidak bersama mereka.
Islam mengajarkan kita supaya sering memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sejak bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Justeru kaedah menggunakan 'headphone' ini mungkin sesuai digunakan kerana bunyi yang diperdengarkan terus meresap melalui telinga bayi lebih jelas, cuma kita hanya perlu menggantikan lagu Mozart dengan alunan syahdu & merdu ayat-ayat suci Alquran daripada qari atau qariah yang tersohor. Cubalah...
10 comments:
pasang bacaan ayat al-quran lagi bagus untuk bayi kecik macam ni.
Satu habuk tak jadi
setuju dengan freaky
Kakak alunkan semua anak kakak dengan lagu seperti zikir munajat, selawat nabi, dlm berzanji pun banyak dan buat sendiri tak payah guna radio. Mesti tidur punya.....
macam2 omputis ni..
wah idea bernas.. kalo ada ank nti nk wt lah cm nie
setuju !! tp setuju dengn gantikan surah2 al-quran..
setuju! :)
ye betol 2 ;)
ank buah ema pn kakak ema buat cmni^^
p/s: mula2 pelik gila,awat nya headphone pkai kat perut^^
ting tong^^
utk tujuan ini lah rupanya, hihihi
skrg ank buah ema dh besar+cerdik^^
idea yg baik....
Post a Comment