Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambungan Internet terpantas di dunia - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baik lagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kali ganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan. Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar ₩30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internet terpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :
1. South Korea (95 percent)
2. Singapore (88 percent)
3. Netherlands (85 percent)
4. Denmark (82 percent)
5. Taiwan (81 percent)
6. Hong Kong (81 percent)
7. Israel (77 percent)
8. Switzerland (76 percent)
9. Canada (76 percent)
10. Norway (75 percent).
Waaaaah... Kemudahan sambungan internet di Malaysia masih jauh ketinggalan. Sebagai contoh di bandar muo ni amat sukar untuk melanggan sambungan internet [streamyx tmnet] pada kelajuan 2Mb... paling laju sekadar 1mb saja. Di kawasan bandar besar pula maksimum 4mb...Negara jiran Singapura sudah capai 8mb untuk sambungan ke rumah.
18 comments:
isk3 laju kot2
klu download apa2 msti cpt erk
knpa lah kt malaysia x wt cm 2
bestnya kalau tempat kita macam dia orang tu kan
kalau malaysia tu memang lambat lagi nak capai macam korea selatan. fuhh masyuk tol kelajuan internet 1Gbps
Pergh, aku rasa malu sekejap mendengar cerita ni, Kat sini biasalah, semua mau itu untung maa... mana mau rugi, tapi kadan2 servis mcm haram, bayar mahal.... mentality kot~~~~ ?>
alaaa.. malaysia.. hurm..
tunggu saya jadi PM..
wink*wink
tunggu saya jadi PM..
wink*wink
rm90 untuk 1GB kat sana...
rm110 untuk 1mb kat sini....
bersyukur le gomen dapat rakyat macam kita nie...
kerajaan malaysia takut kalu laju internet nanti dimonopoli puak pembangkang. kalu 4 mb pun slow jugak. TM atau syarikat sebagai pembekal internet kedekut dan lembab. alasan tentunye kerajaan tak benarkan.
wah! lajunya,kat sini kena tunggu UNIFI saja.
Jepang xde ranking ker?
israel top 10 tue... huhu
wahh..luar biasa.
Bestnya....mesti rajin online kalau sebegini di Malaysia
pergh..bapak ah...lju gla..mlaysia bru trhegeh2...
kalaulah kat malaysia ada laju macam tu, sayalah org pertama akan melanggan..bosan guna broadband nie..kejap ok..kejap tak ok..
ddk plak kat tmn perumahan yg baru dibuka..nak buka streamyx aja kena tunggu dalam 10 penduduk apply baru bleh dapat streamyx
apakah yg krajaan korea pikirkn ha... mst ada udg di sbalik mee ni... hehehe... tp bgus la utk yg suka mntenet... hrp mlysia pn cmtu la sooner or later..
laju giler.. klau dpt byk keje dh siap ni, huh...
latest en3: pinjam seterika ajaib sat na
laju gile...
Post a Comment