Universiti Tokyo, Universiti Kyoto & Universiti Nasional Singapura Terbaik di Asia dan Antara 100 Terbaik Dunia - orangmuo.my

Post Top Ad

Universiti Tokyo, Universiti Kyoto & Universiti Nasional Singapura Terbaik di Asia dan Antara 100 Terbaik Dunia

Share This
Universiti  Tokyo terbaik di Asia
Majalah Times Higher Education telah menyenaraikan 3 buah universiti di Asia mengungguli antara 30  buah universiti terbaik di dunia.   Universiti Tokyo merupakan satu-satunya universiti di Asia yang berjaya dipilih dalam senarai 10 universiti terbaik, disusuli Universiti Kyoto di tempat ke-18.  Manakala Universiti Nasional Singapura (NUS) disenaraikan sebagai universiti ke-27 terbaik di dunia dan ketiga terbaik di Asia.
Seramai 13,388 ahli akademik berpengalaman dari 131 negara telah diminta memilih universiti yang pada pandangan mereka baik dalam bidang penyelidikan dan pengajaran di seluruh dunia.

  Universiti Nasional Singapura ketiga terbaik Asia
Hasil tinjauan itu, yang diterbitkan majalah Times Higher Education, mendedahkan bahawa institusi-institusi Amerika Syarikat mengungguli senarai yang dipilih para ahli akademik dengan merebut tujuh daripada 10 tempat teratas.
Tempat pertama ialah Universiti Harvard disusuli Institut Teknologi Massachusetts.
Secara keseluruhan, 45 universiti di Amerika tersenarai antara 100 universiti terbaik di seluruh dunia.

Dua universiti British, Cambridge dan Oxford, terpilih antara 10 universiti terbaik dan lebih 10 universiti British dipilih dalam senarai 100 universiti terbaik.
Secara keseluruhan, Asia mempunyai 15 universiti dalam senarai 100 universiti terbaik.

Bagaimana pula dengan universiti-universiti di Malaysia?  Jika satu ketika dahulu Universiti Malaya pernah mewakili negara Malaysia tersenarai antara 150 universiti yang terbaik dunia, peluang untuk universiti tempatan kembali menempa nama nampaknya semakin malap berikutan disebabkan terlalu banyak karenah birokrasi serta campur tangan politik menyebabkan institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak dapat berdiri megah dengan sendirinya serta  bebas dalam segala urusan pentadbiran....lagi...

Post Bottom Ad

Pages