'What Every Man Thinks About Apart From Sex' [Apa Setiap Lelaki Fikirkan Selain dari Seks'], begitulah tajuk sebuah buku catatan 200 halaman kosong yang dihasilkan oleh Mr Sheridan Simove , 39 tahun lulusan Universiti Oxford telah memecah rekod sebagai buku terlaris di kalangan pelajar-pelajar di Britain. Buku berhalaman kosong dengan tajuk sensasi itu telah disalah anggap pembeli bahawa buku tersebut benar-benar sebuah buku tentang seks walhal ia memang hanyalah buku berhalaman kosong atau buku catatan.
Menurut Simove, buku nota yang berharga £4.69 [RM 25.00] itu pada awalnya dipasarkan hanyalah untuk dijadikan sebagai hadiah, serta bahan kajian untuk mengetahui apakah yang sering difikirkan oleh setiap pelajar lelaki selepas habis kuliah tetapi tidak menjangkakan sama sekali ia telah digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai buku catatan semasa menghadiri kuliah di kolej dan universiti kerana tajuk buku tersebut yang sensasi. Melihat jumlah bukunya yang begitu laris, Simove merumuskan bahawa pelajar lelaki barat sememangnya amat ghairah dengan perkara tersebut dan tidak pernah terlepas memikirkan tentang seks yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran mereka.
Begitulah keadaannya yang melanda masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas tanpa berpegang kepada ajaran agama, serta nilai budaya. Amalan tersebut sebenarnya kini telah menular di kalangan masyarakat kita di Malaysia termasuk segelintir anak-anak Melayu Islam. Jika masalah ini dibiarkan tanpa tindakan tegas daripada ibu bapa dan pihak berwajib, dikhuatiri amalan songsang ini akan menjadi seperti barah yang mudah merebak lalu membunuh jiwa anak-anak muda kita yang sentiasa dididik dengan agama dan budaya murni sehingga terjerumus ke jalan yang salah. Sama-sama kita membanterasnya...

8 ulasan:
Apa yang nampak kat sini adalah, sebelum beli buku tak belek dulu ke? Kalau sehelai dua muka kosong mungkin terlepas, tapi kalau dah beratus takkan tak pelik? Ataupun bukunya disalut plastik sampai pembeli tak boleh check? Macam dah menipu pelanggan la pulak.
itulah skrg ni kalau bab sex mmg menjd tumpuan.
"dah sah ler buku tu diorang balut plastik..sbb tu tak boleh check..dah terbeli nk buat mcmana...dasyatkan idea si penulis ni..."
don't judge a book by its cover
Isk..sokong conclusion yang pensyarah tu buat.
Dalam kepala lelaki *student tu* tak pikir lain dah..hanya kerana tajuk yg begitu, laris dibeli???
Isk..isk..isk..*geleng laju2*
Kalau kat Malaysia...lepas ka tapisan..tentu laris
lawaknye le org yg beli, tak tgk dulu ke apa isi dalam heheh
mcm trafik dgn keyword lucah le jugak ni hehehe
adoi..lelaki ni macam2 dorg pk
Catat Ulasan