Subscribe Us

Pokok Ajaib Berusia 400 Tahun Kekal Subur Sendirian di Tengah Gurun Berpasir Tanpa Air

Hidup  sendirian di tengah-tengah gurun, berbatu-batu jauhnya dari sumber air dan tumbuhan yang lain, sebatang pokok yang digelar sebagai " Pohon Kehidupan" atau "The Tree of Life" ini  terletak 2 kilometer dari Bukit Dukhan, masih  bertahan hidup dengan baik sejak  400 tahun yang lalu walaupun berada di atas bukit berpasir setinggi 25  meter  menghadap lautan pasit yang terbentang luas tanpa air.
Pokok ajaib ini telah menarik perhatian banyak orang sama ada pelancong , ahli sains dan pakar biologi dari seluruh dunia  untuk melihatnya sendiri tentang keajaiban pokok kehidupan ini. Keajaiban alam 400 tahun telah membuatkan ahli biologi dan saintis bingung  selama bertahun-tahun untuk mencari jawapan bagaimana pokok ini mampu hidup begitu lama, sedangkan sumber air amat jauh daripada pokok tersebut. 

Walaupun mereka memberikan beberapa teori, ada yang mengatakan akar-akarnya menyebar dengan sangat mendalam dan luas, mencapai sumber air yang tidak diketahui, tetapi belum ada sesiapa yang mampu membuktikannya.
 Pohon Kehidupan merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Bahrain.  Namun para  pengunjung diperingatkan  memastikan kereta mereka berada dalam keadaan baik supaya tidak terjebak dalam pasir di tengah-tengah gurun yang luas itu.
Segalanya adalah atas kekuasaan dan kehendak Allah Yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Semuanya  adalah ciptaanNya dan baginya adalah amat mudah untuk mencipta sesuatu. Subhanaallah...

Post a Comment

21 Comments

inilah keajaiban...dan tanda kebesaran Allah....
Nor Moscow said…
Subhanallah..hijau subur daunnya..
cik panadol said…
subhanallah....kuasa Allah
Kak Mahh said…
Itu lah kekuasaan ALLAH.
De'din said…
menginsafi kejadiannya
Cik Yana said…
Subhanallah! Nice artikel :)
Pengumpul Blog said…
Sain hanya dapat memberi teori. Tetapi itulah salah satu kekuasaan Allah.
umiawadah said…
cantik lak dia merimbun...dapat tuk berteduh dar panas...Allah Maha Besar!
Anonymous said…
wah kat ne ni...kot2 leh g jumpa pkk ni mmg gempak
CekWa said…
subhanallah....!
CekWa said…
subhanallah....!
elwenes said…
khazanah alam kita...
KakD said…
Allah Maha Besar..

-papairfan-
kay_are said…
400 tahun still hidup g?? keajaiban yang Kat Atas tu r.. memang confirm. =)
hebat...kita x mampu tandingan-Nya
Tuan Penasihat said…
ya.
penutup tu TP suka.
jawapan kepada segala galanya.
abu luqman said…
salam..itulah..yang manusia tak boleh lakukan
WieyaRaudzi ♡ said…
Allah Maha Hebat..
segala galanya boleh terjadi dengan izinNya :)

Subhanallah~

Bercuti, Bersantai Bercanda Di Bukit Merah Laketown Resort. Beshh! "
nazc said…
memang besar ciptaan-NYA
kiwi said…
Subhanallah..
Wanita Timur said…
salam ..cheq ambik berita ni boh kat blog cheq.. mohon izin no...