Seekor anjing bijak, Shirley menjadi doktor peribadi sepanjang masa kepada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Rebecca menghadapi masalah jatuh koma pada bila-bila masa saja yang boleh mengancam nyawanya. Rebecca menghadapi masalah penyakit diabetes jenis agresif peringkat pertama yang bermaksud ia boleh mendapat serangan hipoglikemik dan boleh jatuh koma bila-bila masa.
Namun hidung luar biasa doktor peribadinya seekor anjing bijak, Shirley, sentiasa mengawasi dan mengetahui keadaan Rebecca kerana Shirley boleh mencium bau darah gadis kecil itu ketika kadar gula menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Ketika anjing dapat mengesan perubahan itu, ia akan menjilat Rebecca sampai tersedar atau segera memberi isyarat kepada gurunya.
Shirley akan duduk menemani Rebecca bahkan akan bertindak pergi mengambil kit ujian perubatan di kelas [Harpole Primary School in Northamptonshire]. Setelah anjing itu telah melakukan tugasnya, seorang pembantu, Theresa Hodgkiss akan melakukan ujian kadar gula dalam darah Rebecca dengan memberinya gula jika terlalu rendah atau suntikan insulin [ hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal kepekatan glukosa dlm darah ] jika terlalu tinggi.
Dengan masalah penyakit yang dihadapinya, Rebecca bergantung hidup dan memerlukan perkhidmatan doktor peribadinya, Shirley seekor anjing bijak sepanjang masa. [dailymail.co.uk]
Shirley seharusnya diberi penghargaan dan anugerah atas jasanya.
15 ulasan:
bagus giler anjing ni! kagum =D
Dasyat dan setialah anjing tu..
Di serang babi hutan
bagus tol anjing ni leh jage budak tu
pandainya.. tgk la ciptaan Illahi..
walaupun najis xbermaksud ia x berguna atau jijik..
sayangilah haiwan xkira apa2 haiwan pon..
Anjing pun boleh menjaga seorang manusia
tu lah kebesaran Allah..semua ciptaan die ade himat nye :)
hah????
hehehe..
kesian.
kemas gak arh binatang ni. haha
hebat anjing 2..
bijak binatang nih..hu3
wallah!
good dog..hehe
anjing adalah haiwan yg paling setia ngn tuannya...syabas Shirley..heheehe
kalaulah ada manusia se-terer & sesetia anjing tu...
abis kalau anjing tu mati camne? tak ade org ke nak nengokkan budak tu
Catat Ulasan