Katak Kuak atau katak besar [bullfrog] akan makan apa saja ketika perutnya sedang kelaparan. Ia cekap menangkap pelbagai jenis haiwan kecil termasuk ular, tikus, kelawar, burung kecil malah katak. Foto di atas telah dirakam oleh sepasang suami isteri, Tad dan Karen ketika sedang membersih kolam renang mereka di rumahnya, di Bacon Maryland, USA.
Pada musim sejuk katak kuak ini tinggal berehat sementara di bawah tanah dan biasanya hidup berhampiran dengan kolam dan sungai. Katak ini boleh membesar antara 6 hingga 8 inci, panjang kakinya pula mencecah 10 inci. Katak kuak menyerang mangsa dengan merodok atau menerkam dan terus menelannya. Jika saiz mangsa agak lebih besar daripada mulutnya, ia menekan [menolak] mangsa di dalam mulutnya menggunakan lengannya. [dailymail.co.uk]
9 Comments
ada jugak katak makan katak ek..
ohhh ganasnya katak itu.. :)