Sebuah kitab Al-Quran Bertulis tangan berusia 500 tahun , sebanyak 470 halaman berukuran 35 x 24 inci, sama dengan ukuran skrin TV plasma besar. Kitab ini ditulis oleh beberapa ahli Kitab dan iluminator untuk Kansuh al-Ghuri, Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.
Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh kedua abad ke-14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan sultan di Kaherah dan akhirnya diambil alih oleh Earl dari Crawford.
Quran adalah salah satu daripada beberapa naskah yang menjadi Koleksi Crawford, pelbagai artifak diambil alih oleh Earls Crawford. Kitab ini dibeli oleh Enriqueta Rylands pada tahun 1901 dan menjadi koleksi perpustakaan suaminya John Rylands. Perpustakaan ini akhirnya menjadi sebahagian dari University of Manchester sekarang.
Kerja-kerja menyalin setiap helaian muka surat Al-Quran ini sedang dilakukan menggunakan teknologi digital yang diketuai oleh En Carol Burrows di University of Manchester's John Rylands Library. Salinan tersebut akan dipublishkan sebagai Alquran digital online untuk para pelajar yang hendak membuat rujukan. Keadaan kitab yang sudah berusia ratusan tahun ini semakin rapuh tidak mengizinkan untuk dijadikan sebagai kegunaan umum. Sebagai ganti kitab digital online akan diterbitkan.
13 Comments
PS : Jom jadi VIP di Blog Kodet
if dapat dijaga dgn baik dan disebarkan mksudnya itu lebih bgus kan..
mgkin ada yg terbuka ht menerima hidayah..
wallahhualam..
recent post : |maksud tersirat pelekat P|
insyaAllah...