Tubuh sihat boleh diperoleh tanpa memaksa anda membeli peralatan tertentu yang harganya agak mahal. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan waktu dan mengamalkannya setiap hari tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan membebankan. Aktiviti yang dimaksudkan ialah berjalan kaki selama 30 minit sehari. Jalan kaki yang dimaksudkan adalah berjalan kaki secara cepat atau berjalan pantas seperti anda dalam keadaan tergesa-gesa.
Aktiviti berjalan kaki disertai diet dapat mengelakkan kemungkinan seseorang terkena diabetes, bahkan kepada mereka yang berisiko sekalipun. Hal ini berdasarkan kesimpulan penelitian terbaru oleh National Institute For Diebetes, Kidney Disease, and digestive United States.
Penelitian selama tiga tahun ini melibatkan 3234 sukarelawan dengan berat badan berelebihan serta kebanyakan mereka berisiko diabetes. Mereka yang terdiri dari orang Afro-Amerika, Hispanik, Asia dan Indian melakukan diet dan jalan kaki. Hasilnya, dengan amalan berjalan santai 30 minit sehari, ia dapat mengurangkan 5-7 persen berat tubuh dan peratus kemungkinan menghidap diabetes berkurangan sehingga 58 persen.
Berjalan kaki 30 minit sehari juga dapat mengurangi metabolic syndrome, salah satu penyebab tingginya risiko terkena penyakit jantung, diabetes, dan stroke. Demikian hasil kajian Duke University Medical Center.
Sebuah penelitian di Britain pun menyebutkan bahawa berjalan kaki selama setengah jam sehari dapat mengurangi bahaya penyakit jantung sebanyak 11%, terutama bagi perempuan.
Journal of the American Medical Association menyebutkan, berjalan kaki beberapa jam dalam sebulan dapat menghindari risiko kanser payudara. Aktiviti ini membuatkan lemak pada perempuan berkurang dan menjadi sumber estrogen.
8 Comments
xcukup jalan kaki..
Karikatur
TK bnyak duduk je ni..