BENUA  Antartika - tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi  keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa  mengira musim.
Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua.  Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi  ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan.
Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi  Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi  benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.
Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.  Bagaimanapun, penjelajahan di daratan Antartika hanya bermula pada awal 1990-an.
Bumi Antartika sebenarnya menyimpan seribu satu macam rahsia yang  masih belum diterokai manusia kerana pelbagai halangan yang tidak  terlawan oleh kudrat mahupun teknologi canggih ciptaan manusia.
Di sebalik putih sucinya, benua Antartika sebenarnya begitu ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa. 
Sejak lebih 45 tahun lalu, lebih 200 ilmuan dan saintis yang   menjalankan penyelidikan di benua ini tewas dan terkorban kerana suhu  sejuknya yang melampau.
 
Ikuti beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai benua Antartika.
Benua Antartika diselaputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.  Benua Antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan Gurun Sahara.
Perairan Antartika adalah antara kawasan yang paling berangin di dunia dengan cacatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.
Suhu di Antartika sememangnya  tidak menentu. Antara yang pernah dicatatkan ialah penurunan suhu  sehingga 65 darjah Ferenheit dalam masa 12 minit sahaja.
Puncak tertinggi di Antartika ialah Vinson Massif dengan ketinggian 4,897 meter.
Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif.
Sampel ais yang dikenali sebagai  empulur ais (ice core) adalah sampel penting yang selalu diambil oleh  saintis untuk tujuan uji kaji.
Empulur ais berbentuk silinder  panjang ini memberikan maklumat-berguna mengenai sesuatu perkara sejak  berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Ini kerana, objek-objek yang  terperangkap dalam ais itu termasuklah buih-buih udara memberikan  informasi yang sangat berguna mengenai cuaca dan iklim dunia pada  sesuatu masa dahulu.
Jika semua bongkah ais (ice sheets)  yang terdapat di Antartika cair, air laut di seluruh dunia akan  meningkat antara 60 hingga 65 meter.
Kebanyakan hidupan laut di  Antartika termasuklah ikan mempunyai sejenis bahan anti sejuk dalam  darah masing-masing untuk mengelakkan binatang-binatang ini menjadi  beku.
Pada musim sejuk yang melibatkan  suhu sejuk melampau dan keadaan gelap berterusan selama enam bulan,  terdapat kira-kira 900 orang saintis yang menjalankan penyelidikan di 34  stesyen. Jumlah saintis ini bertambah sehingga 3,000 orang pada musim  panas.
Serangga terbesar di atas tanah  di Antartika sebenarnya ialah sejenis serangga kecil tanpa sayap -  Belgica antarctica yang berukuran kurang daripada 1.3 cm panjang.
Tiada serangga terbang di  Antartika (kerana ia akan mudah ditiup angin), sebaliknya hanyalah jenis  serangga seperti kutu yang menghinggapi penguin.
Antartika adalah tempat terbaik  di dunia untuk melihat tahi bintang. Tidak seperti di tempat biasa yang  dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, tahi bintang boleh dilihat secara jelas  di persekitaran Antartika yang serba putih.
Keadaan sejuk dan kering di  ‘Daerah Kering’ di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars  seperti mana yang pernah diuji oleh pihak NASA. Di daerah kering itu,  tiada hujan dicatatkan sejak 2 juta tahun lalu.
Dianggarkan, semasa musim makan di  Antartika, paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta krill  (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram  atau 4 tan setiap hari selama enam bulan.
Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan seorang manusia selama empat tahun!.
Sejak kemunculan benua Antartika  lebih 20 juta tahun dahulu, tidak banyak hidupan lautnya yang berubah.  Ikan-ikan di Antartika hidup pada suhu antara 2 darjah Celsius hingga - 2  darjah Celcius sejak lima juta tahun lalu. (-2 darjah Celcius adalah  tahap beku air laut iaitu di bawah kosong kerana kandungan garam).  Secara puratanya, suhu musim panas di Antartika ialah -30 darjah celcius  manakala purata suhu musim sejuk ialah -60 darjah celcius.
Suhu paling rendah yang pernah  dicatatkan ialah -89.6 darjah celcius iaitu di stesyen Russian Vostok.  Hanya kira-kira 0.4 peratus daripada Antartika yang tidak diselaputi  ais.
Di Antartika, terdapat sejenis  kumpulan ikan yang agak pelik  yang dipanggil ikan ais (ice fish). Ikan  ini tidak mempunyai pigmen darah merah - haemoglobin dalam darah untuk  membawa oksigen. Memandangkan suhu di sana sangat sejuk dan oksigen  boleh larut dalam suhu yang sejuk, ikan ini boleh hidup tanpa  haemoglobin.[sumber:estidotmy]
 
 
2 Ulasan
suka baca info-info seperti ini
:)