Inkubator bayi teknologi baru telah tercipta dengan kos yang amat murah hanya £365 [RM400] boleh menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia. Inkubator yang berfungsi menghangatkan bayi ini direka untuk digunakan di negara-negara membangun di mana inkubator tradisional terlalu mahal di sekitar £15 000 [RM 90 000.00] menyebabkan penggunaannya amat terhad.
Bagaimana inkubator baru kos rendah berkualiti tinggi ini berfungsi menghangatkan bayi? Rahsianya adalah lilin cerdas [smart wax] tersimpan dalam pakej dipanaskan kemudian dimasukkan ke dalam beg inkubator.
smart wax in the heat pack.
Inkubator ini kelihatan seperti beg tidur selesa dilengkapi dengan beg pakej panas. Pada suhu bilik lilin itu padat. Ketika dipanaskan sehingga 37C - suhu badan - lilin cerdas ini mencair dan menyimpan tenaga haba. Kemudian perlahan-lahan melepaskan tenaga yang terperangkap sebagai haba hangat, menjaga bayi pada 37C malar sehingga enam jam.
Embrace Global sedang merancang untuk mengeluarkan dua model. Satu, direka untuk digunakan oleh pegawai kesihatan di hospital dan klinik, menghangatkan beg dalam pemanas elektrik.
Model lain boleh dilakukan menggunakan air yang dipanaskan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan terpencil tanpa bekalan elektrik.
Inkubator biasa sangat mahal RM90000 sebuah
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, kira-kira empat juta bayi lahir prematur atau berat badan rendah meninggal setiap tahun, terutama daripada Hipotermia.
Bayi yang lahir terlalu awal atau kurang berat badan tidak boleh menetapkan suhu badan mereka sendiri, dan tanpa cukup kehangatan menyebabkan bayi-bayi ini banyak yang meninggal. Manakala bayi pramatang dan kurang berat badan yang mampu bertahan walaupun pada peringkat awal banyak menggunakan tenaganya sendiri untuk mengawal kehangatan, bakal menghadapi masalah organ berkembang secara tidak normal, meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan IQ rendah pada kemudian hari.

Inkubator bayi berkualiti tinggi kos rendah ini akan dilancarkan akhir bulan ini di India, di mana kadar kematian bayi berlaku seramai 114 orang bayi pada setiap jam.Percubaan klinikal sedang dilakukan oleh Bangalore's Institute of Child Health yang menggunakannya untuk pengangkutan bayi pramatang dari daerah-daerah terpencil.
Profesor Neonatology Naveen Benakappa berkata: "Ini adalah sesatu berita yang baik, di mana orang ramai mampu memilikinya kerana kos produk yang amat rendah " [sumber :web.orange.co.uk. diterjemah oleh orangmuo.com]
6 Comments
moga lepas ni byk baby yg boleh d selamat kan..