Subscribe Us

Burger dan Stik [Steak] Ikan Yu Untuk Stamina?

Bandung: Bagi penggemar burger atau stik, ada menu yang mesti dicuba. ..burger ikan yu!  Aroma burger dan  stik ini pastinya membuka selera. Untuk mendapatkan burger ikan yu anda perlu pergi ke Bandung, Indonesia ya pak he he.
Menu ini memang menjadi kegemaran warga tempatan dan boleh didapati di Teras Bambu Cafe di Kota Bandung, Jawa Barat kerana khasiatnya terutama untuk golongan lelaki yang sudah beristeri. Burger dan stik ini menggunakan ikan yu  yang masih kecil [anak ikan yu ].  Setelah dihiris dan dicuci, daging ikan yu ini dicampur dengan bawang putih dan dilumur dengan adunan rempah-ratus selain untuk menghilangkan bau hanyir, tentu saja agar rasanya bertambah lazat.  Kemudian daging dibakar atau digoreng.
Seperti burger pada umumnya, daging ikan yu yang sudah masak disatukan dengan roti burger, ditambah salad, tomato, sos dan mayonis. Proses awal penyediaan steak ikan yu juga tidak jauh beza dengan pembuatan burger daging ikan yu.

Menurut Aris Rinjani, pengelola Cafe, daging yu mengandungi banyak protein. Daging ikan yu ini juga banyak khasiatnya, seperti menambahkan stamina untuk pasangan suami isteri.
Burger daging ikan yu dijual dengan harga Rp11 ribu rupiah [RM 3.80] dan  stik [steak]  pula dijual dengan harga Rp18 ribu rupiah. [RM6.20]  [sumber :Liputan6.com ]

Post a Comment

4 Comments

iniialahaku said…
pergh 18ribu 2 harga dia...hehehe
umiawadah said…
boleh makan ke ikan yu?
Hamizi Azizan said…
edap wooo....

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/miss-hurix-jangan-la-deactivate.html
Mimie said…
kat sarawak banyak jek jual ikan yu.tapi kat sjung ni memang payah sikit nak carik org jual ikan ni..waaa