Amaran : Laptop Menjejaskan Kualiti Sperma [ Laptops May Damage Sperm ] - orangmuo.my

Post Top Ad

Amaran : Laptop Menjejaskan Kualiti Sperma [ Laptops May Damage Sperm ]

Share This
Amaran buat para lelaki yang belum berkahwin atau belum mempunyai anak! Laptop boleh menjejaskan kualiti sperma anda! 
Menurut satu kajian saintifik tentang laptop, penyelidik menemui Wi-Fi pada laptop boleh menyebabkan kerosakan pada DNA sperma. Para penyelidik mempelajari bagaimana pancaran Wi-Fi pada laptop atau radiasi gelombang mikro memberi kesan terhadap pengeluaran sperma. Dalam kajian itu, lelaki yang terdedah dengan pancaran radiasi gelombang mikro hanya dalam tempoh 4 jam, sperma mereka akan mengalami kerosakan DNA, serta pengurangan pergerakan sperma.
" Ini adalah amaran. Saya rasa kita tidak harus bergegas keluar dan berhenti menggunakan laptop, tetapi saya fikir jika anda menggunakan laptop, elakkan meletakkan laptop anda pada pangkal paha," kata Dr Dale McClure, ahli urologi dan pakar kesuburan lelaki dari Universiti Washington di Seattle. 
Kajian  ini telah  dibentangkan  oleh penyelidik Argentina di Denver di American Society untuk Persidangan Perubatan Reproduktif.
Kajian awal sebelum ini tentang radiasi gelombang mikro daripada telefon bimbit juga menyebabkan kualiti sperma terancam. Justeru, anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan telefon bimbit anda di dalam poket seluar.
Sementara menanti kajian selesai dijalankan, sekali lagi anda [kaum lelaki] diperingatkan " Jangan letakkan laptop anda pada pangkal peha..jangan letakkan laptop anda di atas riba" 
[sumber : Renee Haines, journalist at the China Daily-Agencies]

Post Bottom Ad

Pages