Beberapa tempat di negara Cina seperti Langshan, berhampiran bandar Shaoyang di Wilayah Hunan percaya dengan sistem perubatan tradisional yang kadangkala amat asing dan luar biasa bagi kita. Perkara yang asing bagi kita ialah penduduk-penduduk di Langshan mengamalkan minum darah segar daripada tanduk rusa yang masih hidup untuk memulih atau menguatkan tenaga. Tanduk rusa mempunyai "tubular structure" yang dipenuhi dengan darah.
Tanduk rusa dipotong menggunakan gergaji sedangkan rusa tersebut masih bernyawa lagi
Mereka membiarkan rusa tersebut hidup dan memotong tanduknya untuk mendapatkan darah segar lalu meminumnya segera. Amalan ini tidak menyalahi sistem perundangan kerana kerajaan China membenarkan pengamal perubatan tradisional China mendapatkan darah tanduk rusa melalui cara sedemikian. Cuma ita tidak pasti sama ada rusa yang telah dipotong tanduknya boleh hidup atau sebaliknya. Lihat foto-foto menarik lagi terlampau bagaimana mereka melakukannya...amazing :) seorang wanita sedang menikmati darah segar tanduk rusa
darah daripada tanduk rusa yang masih segar sedia untuk diminum
minum dengan penuh yakin
darah masih menitik daripada tanduk rusa
12 comments:
ikh loya je tekak tgk..tak sanggup..huhu
kejamnye~
orang2 cine semua boleh dokatakan cerdik pandai.. tapi tang neh yang watkan wadud x respect.. drang jadi bodoh dan x bleh berpikir kepada sesuatu yang lagi bagus..
adus.. ape ke bodo wat binatang cenggitu..
sanggup dorg minum?? ish3 x sgp den nk minum tuh!
cam tak ade minom yang laen jak kali,banyak yang boleh jadi bise menambah tenage tu, ngape rusa yang sehat dipotong tandoknye lalu diminom darahnye. hiiiii.....
Datang sini nk bg award
Teringat masa di Sabah waktu kecil dulu... org2 tua berebut hempedu kerbau utk dimunum... kononnya boleh menguatkan imunisasi badan melawan penyakit... yaks!!!
aiyoo..nengok je tekak da len ish3..
eee...dah cam citer drakula, minum darah! yulk!
semakin kejam manusia ni..
hee.. macam-macam manusia nih...
manusia semakin lama semakin exotic dan menyusahkan haiwan....cuba kalau kaki tangan mereka kena potong...baru dorang tahu....*****
Post a Comment