Merpati bersantai di dalam skop undan...diberi peluang untuk menyelamatkan diri..
Umum kita mengetahui makanan utama burung undan ialah ikan. Peristiwa pelik dan aneh berlaku di St James',Westminster London, apabila burung undan menjadikan burung merpati sebagai hidangan lazat!.
St James' Park menjadi tumpuan burung-burung merpati mencari cebisan makanan di tepi tasik di situ tetapi menjadi sasaran burung undan yang sentiasa kelaparan.
Biasanya burung undan tanpa berlengah masa akan terus mencekup mangsa. Walaubagaimanapun berlaku adegan luar biasa apabila burung undan masih memberi peluang kepada merpati untuk keluar daripada skopnya. Namun burung merpati tersebut seolah-olah selesa berada dalam skop undan. Kesempatan yang diberi tidak digunakan sepenuhnya oleh si merpati. Maka tamatlah riwayat si merpati ditelan hidup-hidup oleh Si Undan.
Peristiwa ini telah dirakam oleh Paul Mansfield, 44, seorang jurufoto yang dalam perjalanan melawat London bersama keluarganya. [dailymail.co.uk]
Peluang datang hanya sekali ..tak sempat terbang melepaskan diri
27 ulasan:
dah sampai masa dia...dia ada masaalah tu....tu dia g bunuh diri he3
pergh sangat bagus info.. :-)
hehehehe... terkejut gak wadud...
huhu menempah maut namanya tu..
haihh..seronok lak dia duduk dalam mulut undan tu..haha..kan dah kena telan..
burung undan ni dah tak nak makan ikan ke? telan burung merpati plak tuh, peghhh..ganehhh2~
si undan pun sudah pandai tukar selera..
biar betul burung undan mkn burung merpati? mcm x percaya lak.
huu...besarnya boleh masok perut..huhu
hehee jangan tercekik bulu burung tu suda... ;D
Biar betul burung undan ni mkn merpati!!! muat plak tu masuk.... x tercekik ker?
mmg bunuh diri 2.. ..
bru thu y burung putih 2 mkn burung jugak.. ingtkn mkn ikan jer..
dah rezeki si undan.. hari tu dapat santap merpati hitam. huhu..
obviously not a survivor.. heartbreak kot..? ehhe
besar tu nk telan! tak pasal2 nnt ajal undan lak sampai...
mentang2 mulut dia besor...sekali telan je...
wah menarik....
fakta yg bgus....
suke2
frust ngan gf..sbb tu tu p serah diri kat undan...
agak2 merpati tu kena makan x
silap merpati posing lama dlm mulut burung undan tu :P
haih lah merpati. gi duk posing kat situ buat ape?kan dah kena ngap
merpati tu sengaja nak bunuh diri,kalau frust bercinta pun agak2 la..sure burung undan kena cari cungkil gigi sebab terselit bulu nanti..huhuhu
to lydia Miza : saya mohon maaf sbb x dapat masuk n folow blog anda. setiap kali saya akses blog anda, ia akan trus ke widgeo.net. saya rasa anda kena setup smula dgn widgeo. tq
Salam shbatku..menarik jg cerita sedih ni..pelik jg perangai kedua2 burung ni
mungkin merpati ingat si undan nak bawak dia jln2.
prinsip dunia haiwan
-kalau dia sudah makan satu makhluk itu (sengaja atau tidak) , maknanya dia akan terus makan makhluk itu .
mak aih..burung makan burung
ouch, mesti sakit burung makan burung kan.....hahahaha
Catat Ulasan