Char Kway Teow Berkuah Muhd Faris Sg Abong Memang Umph! - orangmuo.my

Post Top Ad

Char Kway Teow Berkuah Muhd Faris Sg Abong Memang Umph!

Share This
Char Kway Teow berkuah biasanya hanya didapati di sebelah Utara Semenanjung terutamanya di Pulau Pinang. Namun begitu anda yang tinggal di Muo tidak perlu ke utara untuk mendapatkan Char Kway Teow Berkuah ini. Seorang pengusaha gerai makanan, En Muhd Faris B Mahad, 27 merupakan satu-satunya peniaga yang menjual Char Kway Teow berkuah di Muo. Gerainya yang terletak di Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Sungai Abong, Muo begitu popular kerana rasanya yang begitu lazat dan menyelerakan.
Gerainya sentiasa dikunjungi pelanggan sama ada dari jauh atau dekat sehingga larut malam.
Antara bahan rahsia yang menambahkan rasa lazat Char Kway Teow Berkuah En Muhd Faris ialah kicapnya. Beliau menyediakan kicap tersebut menggunakan ramuan sendiri.
Saiz mi teow yang digunakan dalam masakannya lebih kecil dan rasanya lebih lembut yang ditempah khas di sebuah kilang mi di Muo
Muhd Faris menerima tempahan sedang meyediakan Char kway Teow Berkuah istimewa untuk para tetamu sempena majlis Marhaban & Hari Raya di sebuah rumah di Taman Sri Temenggong Muo


Anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati Kway Teow istimewa ini kerana En Muhd Faris hanya memerlukan 25 saat untuk menyiapkan setiap satu hidangan Char Kway Teow Berkuah ini.


Cara En Faris memasak Char Kway Teow Berkuah tidak seperti menu masakan lain. Beliau hanya akan memasak untuk satu hidangan saja walaupun ramai pesanan yang diterima daripada pelanggannya. Jika anda memesan untuk 4 atau 8  orang, maka beliau akan memasak satu demi satu untuk setiap hidangan tersebut supaya kelazatan Kway Teownya sentiasa sama.
Hanya memerlukan masa 25 saat untuk menyiapkan satu hidangan [sepinggan]. 
 
Saiz mi teow lebih kecil ditempah khas di sebuah kilang mi di daerah Muo

En Muhd Faris dibantu oleh tunangnya,Cik Abby, sahabatnya En Zaberi, serta seorang anak saudaranya pada setiap hari kecuali hari Selasa. Perniagaannya  bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 2.00 pagi di gerainya di Sungai Abong. Datanglah berkunjung ke Gerai Char Kway Teo Berkuah Muhd Faris Sg Abong dan nikmati keenakannya bersama keluarga atau rakan.

Post Bottom Ad