Peristiwa aneh dan jarang berlaku kita lihat apabila sekawan ulat bulu berbaris panjang melintas jalan. Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.
Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. SubhanAllah.
"Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini"
16 Comments
tp, still takot kalo tgk live!!!!
babah34..
Mesti ada sesuatu yang ALLAH nak tunjuk kat kita pada setiap kejadianNYA...
Firman ALLAH bermaksud "Tidak Ku jadikan sesuatu itu sia-sia"
Hebat ALLAH...
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Bersatu melintas jalan, bersatu dalam agama, bukan meng satu agama kan seperti tv3 tunjuk tu.macam tu tak selamat.
Bersatu bertambah mutu...
Balik kampung tu berkonvoi ramai ramai ,,jangan potong jalan, ikut giliran...
Selamat Hari Raya...semoga selamat tiba...Aku nak balik kampung Kat Pekan Muar oooi...
menakjubkan =)
bijak jugak diorg eh...nasib tak kene lenyek kat kete tu...
Allah S.W.T menunjukkan kepada kita, kalau nak buat iklan berunsurkan perpaduan, buatlah seperti ini. Ulat bulu itu tiada sesiapa yang dia nak mengampu untuk buat seperti itu, tidak seperti para pengampu yang selalu menghebohkan pelbagai lagu patrotik dan multi slogan tetapi dalam masa yang sama tidak menghebohkan prinsip perundangan Islam pada masyarakat.
Ulat bulu tidak mempunyai akal, tidak mempunyai blog, tidak mempunyai stesyen penyiaran televisyen, namun atas kekuasaan Allah S.W.T menggerakkan dan memberi ilham pada ulat bulu agar berbuat demikian.
** Selamat hari raya maaf zahir dan batin.