JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam  kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari  kedua umat Islam berpuasa hari ini. 
  
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73,  dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka  cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian  tersebut. 
Saleha   Husin, isteri kepada Abdul Omar yang meninggal dunia dalam kejadian   ribut di Bazar Ramadan Stadium Jasin, kelihatan sedih dan sayu ketika   mengemaskan barang-barang perniagaannya di Jasin, Melaka, 14 Ogos. -   Utusan Malaysia 
Salah   seorang peniaga mengutip barang-barang yang berharga di gerainya di   Bazaar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut   mengakibatkan dua peniaga maut dan beberapa lagi cedera di Jasin,   Melaka, 13 Ogos. - Utusan
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung,  khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika  ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah  terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah  berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
3 Ulasan
Al Fatihah buat yg terkorban..