Muar, 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sebuah sekolah rendah di daerah Muo [SK Parit Jawa Muar] telah dilangsungkan dengan meriahnya apabila 'Jalur Gemilang Gergasi' selamat dikibarkan pagi tadi. Program sambutan Hari Kemerdekaan yang dimulakan seawal 7.30 pagi di dataran perhimpunan itu disertai oleh 600 orang murid, 50 orang guru, 14 orang staf dan pekerja sekolah. Selain itu seramai 10 orang guru pelatih dari Institut Perguruan turut serta menjayakan sambutan itu.
Menurut Guru Besar, YM Raja Mohd Naguib B Raja Ali, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini diadakan agak unik kerana buat julung kalinya pihak sekolah berjaya membina 'Jalur Gemilang Gergasi' hasil kerjasama staf sekolah. Jalur Gemilang berukuran 4 meter lebar x 12 meter panjang berjaya disempurnakan dalam tempoh sehari sahaja berkat kerjasama padu daripada semua pihak.
"Setiap tahun sekolah ini mengadakan sambutan tersebut bertujuan untuk menyemai sikap semangat cintakan tanah air sejak daripada kanak-kanak lagi supaya apabila mereka dewasa akan menjadi rakyat berguna, setia dan taat kepada negara serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi negara.
Tujuan 'Jalur Gemilang Gergasi' ini dibina adalah untuk memberi kesedaran bahawa setiap warga negara hendaklah berasa megah dan bangga dengan 'Jalur Gemilang' selain untuk membentuk dan menanam sikap jati diri murid, serta membina sahsiah taat setia kepada negara tercinta," kata Guru Besar SKPJ
Antara acara menarik sempena sambutan tersebut ialah persembahan koir, deklamasi sajak oleh guru dan murid serta nyanyian lagu-lagu patriotik beramai-ramai. '1 Malaysia Menjana Transformasi'
Kerja-kerja menyiapkan 'Jalur Gemilang Gergasi SKPJ'
11 Comments
setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,ttp bukan bebas sebebasnya,ttp bebas yg mempunyai batas/hak.datangnya islam membebaskan manusia drp penghambaan sesama manusia.dgn pelbagai ideologi dicipta utk menyesat dan mengikat manusia.manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah.bknkah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH.ttp jika sesama manusia,kita cuba membebaskan dr penghambaan.ttp jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini,masakan negara yg merdeka masih terikat dgn isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik utk negara.sifat inferior complex masih menebal walaupun penjajah telah pergi.ini yg disukai penjajah,meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yg diberi kpd mereka ini adalah "budak-budak british/inggeris/barat"
-salam kemerdekaan yg hakiki
-kita masih dlm proses memerdekakan minda
-keluar dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq
kita mash perlu memerdekakan minda kita
Salam merdeka
Wah meriahnya sambutan kemerdekaan di sini..tahniah & selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير
TERIMA KASEH MALAYSIA :)
Salam Ramadhan.
Salam Kemerdekaan &.
Salam Raya Aidilfitri.
http://wanshah87.blogspot.com