Mengapa Harga Gula, Petrol dan Gas Naik Ketika Umat Islam & Melayu Bakal Menghadapi Bulan Ramadan Dan Hari Raya? - orangmuo.my

Post Top Ad

Mengapa Harga Gula, Petrol dan Gas Naik Ketika Umat Islam & Melayu Bakal Menghadapi Bulan Ramadan Dan Hari Raya?

Share This
Harga gula naik lagi 25 sen sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM kita dengan alsaan penyelarasan harga subsidi manakala harga petrol RON95 pula naik 5sen.
Persoalannya mengapa harga gula, petrol dan gas dinaikkan ketika umat Islam dan kaum Melayu sedang bersiap menghadapi bulan Ramadan dan Syawal yang semakin hampir. Mengapa tidak dinaikkan selepas bulan Syawal untuk memberi ruang kepada rakyat dan kaum Melayu khususnya menyambut dua bulan penting tersebut dengan selesa? [Tiga barangan utama ini naik maka 1000 barangan lain juga akan naik!]
Jawapannya memang saat inilah yang ditunggu-tunggu oleh tauke gula untuk mengaut keuntungan dalam masa singkat. Kita semua maklum pada waktu inilah akan berlaku peningkatan penggunaan gula secara mendadak hingga berkali ganda. Keuntungan untuk tiga bulan mendekat ini sama dengan penjualan gula untuk 6 bulan!.

Pada ketika inilah orang-orang Melayu dan pengusaha-pengusaha Melayu Islam memerlukan kuantiti gula yang begitu tinggi untuk mengeluarkan produk makanan terutamanya kuih-muih dan jus minuman. Kesan paling ketara kenaikan gula ialah umat Islam Malaysia yang akan berpuasa dan menyambut bulan mulia memerlukan barangan makanan terpaksa menanggung kepedihan kerana apabila saja harga gula naik maka semua jenis makanan berasaskan gula sudah pasti turut naik.
Penggunaan minyak petrol juga turut meningkat apabila umat Islam [Melayu ] saling menziarahi saudara -mara dan rakan-taulan di seluruh pelusuk tanah air. Sudah menjadi adat orang Melayu ziarah-menziarahi merupakan perkara wajib pada bulan Syawal nanti. Walaupun kenaikan harga petrol kecil tetapi menyebabkan harga barangan lain akan naik juga.

Amat malang dan menyedihkan sekali apabila pihak berkenaan seolah-olah terlupa bahawa umat Islam dan Melayu bakal menyambut bulan kebesaran dan bulan keberkatan tidak lama lagi terpaksa menyambutnya dengan kenaikan harga barangan keperluan utama [ petrol, gas & gula ] Bukankah kenaikan barangan utama ini mengakibatkan kesan buruk lebih-lebih lagi  kepada golongan pendapatan rendah. Jika kita sering mewarwarkan ekonomi megara semakin kukuh maka tidak perlu kita menaikkan harga barangan utama ini.

Post Bottom Ad